FOLLOWER

5 Mac 2015

Mudahkan dan jangan susahkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mudahkan dan jangan susahkan

Hidup ini pastinya semua orang tahu bukanlah terjadi dengan sendirinya. Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku pastinya ada punca, sebab dan akibat.

Walaupun nampak seperti mudah tetapi tidak seperti yang kita fikirkan. Sesuatu urusan dan pekerjaan itu menjadi susah atau sukar bilamana dijumudkan pemikiran dan tidak mahu berubah apatah lagi menerima pandangan orang lain.

Gambar hiasan ini pastinya anda pernah melihatnya di mana-mana. Sama ada di dalam facebook, wassap ataupun instagram dan lain-lain media sosial lain.

Tidak sukar untuk memberikan jawapan kerana soalannya mudah dan ringkas.

Inilah gambaran yang bakal berlaku apabila sesuatu arahan itu dikeluarkan tanpa peduli pemikiran atau penerimaan.

Tentunya sukar bagi kita untuk menerima jawapan yang diberikan, tetapi itulah hakikatnya pemikiran kita berbeza apatah lagi diperingkat usia yang berbeza. Jawapan yang diberikan sudah pasti meliputi kefahaman berdasarkan pengetahuan, penerimaan serta tahap mentaliti atau pemikiran.

Gambaran jawapan diatas mengingatkan saya mengenai situasi yang terjadi setiap hari dalam hidup kita. Arahan yang diberikan haruslah jelas dan mudah difahami. Di satu pihak yang lain pula, sebagai orang yang menerima arahan hendaklah sedaya upaya memahami arahan dan kehendak sesuatu tugasan.

Malu bertanya sesat jalan
Ketepikan ego mudahkan urusan

Terima kasih kerana memahami.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...