FOLLOWER

13 Mac 2015

Kita rasa cukup kuat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita rasa kita cukup kuat

Rasa mampu buat semua tugas
Mampu tanggung semua sengsara
Rasa boleh buat semua
Boleh tanggung semua beban

Tiba satu masa kita akan tersedar
Bahawa kudrat kita tidaklah gagah mana
Hanya semangat dan keinginan kita yang kuat

Tiba masa kita tersedar semangat kita juga tidaklah kuat
Tidak seteguh yang kita sangka



Sedar atau tidak semangat kita yang kuat itu hanyalah retorik belaka
Semangat kita yang kuat itu hanya sementara
Sementara kita masih ada tenaga
Sementara kita ada upaya juga kerana kita ada pembantu
Kekuatan itu tidak datang dengan sendiri
Juga tidak pergi dengan sendiri

Sementara masih ada semangat dan kudrat
berfikirlah sebelum bertindak agar tidak terlewat
Supaya kita tidak menyesal



Semoga dipermudahkan urusan
Semoga diberkati
Semoga dikurniakan kekuatan untuk kita terus beribadah kepadaNya

posted from Bloggeroid

Mari Bersangka Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mari bersangka baik

Bersangka baik mendidik hati untuk sentiasa positif
Biar perit tetapi itu yang terbaik
Kita hanyalah manusia biasa yang tidak punya apa
Apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari-Nya
Pinjaman sementara untuk kita merasa
Semoga kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas setiap kemewahan yang kita terima



Orang yang mula memohon maaf selepas pergaduhan bukanlah kerana mereka salah, tetapi kerana menghargai orang lain.


#peringatanbuatdirisendiri
#semogabermanfaat

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...