FOLLOWER

30 Mac 2015

Pantun budi Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Inas Insyirah nama diberi
Anak ke-3 dari 4 bersaudara
Dapat makan amat suka hati
Lebar senyuman hingga ke telinga

Anak ke-3 dari 4 bersaudara
2 perempuan 2 lelaki
Ingin sekolah amat ketara
Siang malam asyik bermimpi

2 perempuan 2 lelaki
Montelnya dia tidak terperi
Disekat susu serta nasi
Menjerit kelaparan serata negeri

Montelnya dia tidak terperi
Suka menari juga menyanyi
Sambil sembunyi dia beraksi
Sayangnya umi lupa nak rakami

Cukup sudah pantun ini
Inas Insyirah empunya diri
Semoga dewasa bijak bestari
Kepada keluarga kamu berbudi


~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak


Hari ini, Isnin. Pada dasarnya tema warna untuk hari Isnin adalah Putih. 

 Bagaimana dengan tema warna kalian pada hari ini? Adakah sama warna putih atau bebas? 
 Hahaha.... suka hati koranglah asalkan korang bahagia dengan pilihan warna yang telah korang pilih.


Kenapa pula saya bebel mengenai tema warna hari ini? 



Sebabnya hari ini saya join Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak.  Warna latar untuk banner segmen ini adalah putih... bersih.


Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak


Hadiah
Topup RM10 x 3 pemenang.
Topup RM5 x 4 pemenang.

Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org.
Segmen ini tamat 05/04/2015.

Klik banner di atas untuk turut serta.  Mana tahu ada rezeki dapat tambah nilai.  Kalau tak dapat pun tak mengapa, boleh tambah kenalan.

Sekian.   Jom bersegmen kita  (*-*)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...