FOLLOWER

14 April 2015

Menghayati dan memahami kesilapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menghayati dan memahami kesilapan

Kesilapan demi kesilapan dek kealpaan diri
Biarpun bukan kesilapan yang sama tetapi bila difikirkan kesilapan itu sepatutnya tidak wajar berlaku
Puas difikirkan apakah jenis kekhilafan ini, sering terjadi seolah tidak pernah diajar

Muhasabah diri

Kesedaran itu seharusnya ditanam dalam diri agar sentiasa berhati-hati dengan segala tutur bicara mahupun gerak geri



Lumrah manusia biasa agaknya
Seringkali terlajak perahu
Perahu yang terlajak bukanlah alasannya
Tetapi apa yang ada dalam kalbu
Saat diri dihujani persoalan dunia
Ketika itu jualah jawapan nampak kelabu
Sukarnya menerima hakikat alpa
Dek teruja datang bertalu
Menutup makrifat segala-galanya
Akhirnya kini menjadi lesu
Setelah diluah segala rasa
Haruskah resah datang bertamu menjenguk jiwa pekung didada

posted from Bloggeroid

Ubi keledek manis dari Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ubi keledek manis dari Jepun

Agak lama tak makan ubi keledek rebus. Walaupun selalu terjumpa ubi keledek di pasar malam. Tapi tak teringin pula nak beli sebab dok teringatkan anak-anak tak pandai makan ubi rebus. Nak buat pengat tu... kena beli santan pulak. Oiii.... banyak betul alasannya. Yang sebenarnya malas ssss... hehehe.

Terkenangkan zaman kanak-kanak ketika di kampung. Ketika itu, sebut saja nak makan ubi keledek, tok akan ambilnya di kebun belakang rumah. Kalau ada banyak, banyaklah dapat makan dan sebaliknya ikut rezeki. Bestnya masa tu makan ubi rebus ni cicah kelapa parut yang digaul garam dan gula.

Masa tu tak kisahpun nama ubi apa, janji dapat makan.

Bila dah besar ni, nak makan kena cari sendiri.

Dan paling hebat bila dah ada anak kenalah sediakan untuk anak-anak pula. Itulah kitaran hidup. Kan!


Makan ubi keledek Jepun rebus yang manis walaupun tak cicah gula.

Hujung minggu lepas ke TESCO dan ubi keledek ini tidak termasukpun dalam senarai barang untuk dibeli. Tapi saja lah... tengok harga boleh tahan juga tidaklah mahal sangat dan menarik juga sebab tiada kos GST untuk ubi keledek ini.

Anak-anak baru jumpa ubi rebus. Teruja bukan main lagi.

posted from Bloggeroid

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman


Kalau dah jadi blogger memang lah tak lari dari Giveaway.  Terutama bila tiada idea nak menulis elok sangat lah. 

Memang untungnya dapat join giveaway, selain dari dapat tambah kenalan dari rakan blogger dapat juga tumpang trafik link dari penganjur GA.  Paling untung bila penganjur GA tu ada blog PR yang baik.

Daripada berceloteh panjang lebar pasal GA, jpm kita tengok ada apa dengan Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman.

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman


Senarai hadiah yang ditawarkan


  1. Wang tunai RM30 [Gnor.gnur]
  2. Wang tunai RM20 [yanayani]
  3. Wang tunai RM20 [yana]
  4. Wang tunai RM10 x3 [Zaidatulazney]
  5. Wang tunai RM10 [Khaty]
  6. Wang tunai RM10 [sitiliza.aufa]
  7. Wang tunai RM10 [ikazulaikha]
  8. 2 dress and 1 bawal ruffle x1 [nurul]
  9. Tudung x1 [embun]
  10. Rempah ayam tandoori x1 [embun]
  11. Tudung bawal sequin x5 [mrspuex] 
  12. Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira.

Giveaway ini tamat pada 16 April 2015

Jom join Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman.  Klik banner di atas untuk join dan berkenalan dengan penganjur.





Berselindung di sebalik alasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berselindung di sebalik alasan


Hentikan alasan dan mulakan tindakan segera.  Tindakan bagaimana yang harus kita mulakan seandainya apa jenis tindakan kita tidak tahu.  kan... alasan juga tu.

Saja nak cerita kan.

Kita memang sentiasa sibuk dengan segala macam urusan.  Tetapi sukar untuk kita dokumenkan kesibukan itu.  Jadi bagaimana kita nak pertahankan bahawa kita memang sibuk dan banyak sangat kerja dalam satu masa.

Masalah juga bila kerja yang kita buat itu sebenarnya adalah kerja orang lain.  Kita hanya akan tersedar bahawa kesibukan itu adalah ciptaan kita sendiri setelah diberitahu begitu.

Jadi selama ini... memang kita tidaklah sibuk mana tetapi banyak kepada menyibuk.


Berselindung atau sembunyi

Sukar nak digambarkan juga.  Bagaimana kita kadang-kadang buat kerja seperti syok sendiri.  Entah apa-apa jer, ke hulu ke hilir macam lipas kudung tapi tiada isi.

Memanglah kadang-kadang apa yang kita buat itu tidak perlu dicanang ke seantero dunia.  Tetapi cukuplah hanya kita yang tahu.

Setiap orang ada alasan sendiri untuk melakukan atau tidak.

Alasan yang bertindak awal atau lambat adalah pilihan masing-masing kerana hasil daripada tindakan yang diambil itu, kesannya hanya dia yang tahu.

Ada sesuatu yang terselindung...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...