FOLLOWER

11 Mei 2015

Bahagi sama banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bahagi sama banyak

Bagi blogger seperti YangBaik, bila dah masuk tahap mak-mak ni pastinya akan berhadapan dengan situasi yang agak sukar. Terutama dalam isu pembahagian atau agihan makanan. Telah biasa kita berhadapan dengan situasi anak-anak tidak setuju dengan cara kita membahagikan makanan. Semasa anak seorang tiada masalah, masuk anak dua tidaklah menimbulkan masalah sangat. Isu tidak sama akan timbul bila anak ke-3 dah pandai makan sendiri. Itu belum masuk anak ke-4 lagi.

Tetapi itu semua bukanlah masalah sangat cuma kadang-kadang saja bila tiba-tiba ada yang tidak puas hati. Bila disuruh ambil sendiri... tidak pandai pula nak berkira. Ambil sikit atau banyak tidak pula jadi isu yang jadi isu pula... boleh habis ke?



Apapun situasi dan keadaan, pasti ada penyelesaian mengikut kebijaksanaan masing-masing.

Anak-anak penyeri kehidupan berkeluarga. Bagi yang berpeluang memilikinya merupakan satu pengalaman indah. Bagi yang tidak berpeluang memilikinya... pasti ada anugerah dan kelebihan yang lain.

*p/s: blog ini masih dalam proses penyelenggaraan dan penambahbaikan. Semoga bersabar dengan setiap kesukaran.
o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

Blog sedang dikemaskini | New Thesis SEO v3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Blog sedang dikemaskini | New Thesis SEO v3


Pertama kami mohon maaf kerana kedudukan dan susunan dalam blog ini agak celaru.  Ini adalah kerana YangBaik sedang dalam proses mengemaskini blog menggunakan template baru iaitu New Thesis SEO versi 3.  Template ini baru saja dibaca dari blog otai SEO melalui entri INI.

Untuk rekod berikut adalah paparan awal blog YangBaik untuk hari ini.

New Thesis 1


New Thesis 2


Nantikan perubahan seterusnya yang bakal berlaku sedikit waktu lagi.

Semangat SEO baru... yezzzaaa

Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri


YangBaik nak bebel sekejap mengenai tanggungjawab kepada diri sendiri.  Tajuk entri idea spontan yang datang tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke bilik air di pejabat.  Nampak tak?  Kalau dah namanya blogger apa saja yang terlintas di minda pasti akan menjadi tajuk.  Cuma bezanya cara kita mengolah mengikut kefahaman dan kebijakan kita dalam membuat karangan.

Kalau nak menyusun mengikut turutan keutamaan tajuk selalunya YangBaik memang akan kalah. Kalah dengan diri sendiri yang tidak bijak menyusun ayat dan kata-kata.  Sama juga bila bos suruh buat surat, dua tiga jam baru nak siap.  Bukan senang nak faham kehendak soalan dan kehendak tajuk.


GMBM 1st GIVEAWAY 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GMBM 1st GIVEAWAY 2015


Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.


http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...