FOLLOWER

22 Mei 2015

Kerana Suaranya Lebih Kuat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana Suaranya Lebih Kuat.  Peringatan penting buat anak-anak dan sesiapa yang masih mempunyai ibu.  Kepada yang sudah ketiadan ibu peringatan ini juga berguna untuk kita kerana setiap insan yang berusia itu seumpama ibu bapa kita.  Jadi tiada salahnya kita hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita seumpana kita hormat kepada ibu atau bapa kita.


Gambar selingan

Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.

Semoga mendapat manfaat.

Lakukan Dalam 1 Minit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lakukan dalam 1 minit.  Banyak perkara yang dapat kita lakukan dalam satu minit selain daripada bergosip perkara yang tidak mendatangkan faedah.  Walaupun 1 minit, cukup bermakna kepada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Perkongsian ini adalah untuk manfaat bersama selain daripada peringatan buat diri sendiri.

Dalam 1 minit, kita berupaya:

1.  membaca surah al-Fatihah - 4 kali
2.  melafaz 'La ila ha illallah...' - 20 kali
3.  melafaz 'Subhanallah hiwabihamdihi' - 100 kali
4.  melafaz 'La hau la wala quwwata illa billah' - 40 kali


sumber gambar:  FB

Jadi setiap minit sungguh bermakna buat kita dan tak perlu dilepaskan peluang keemasan ini walaupun seminit.

Semoga bermanfaat.  Wallah hu a'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...