FOLLOWER

25 Mei 2015

Kena Tolak di Kantin Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kena tolak di kantin sekolah. Suasana di kantin sekolah pastinya kelam kabut dan penuh dengan hiruk-pikuk. Terutama sekolah rendah di mana kawalan emosi pelajar sekolah rendah sebahagiannya kurang terkawal. Mereka teruja dapat rehat. Tidak disangkal juga ada sebahagiannya yang tertib dan sopan serta berhati-hati. Lumrah kanak-kanak begitulah tidak dapat dielak.


gambar hiasan

Hari ini, anak mengadu kena tolak ketika di kantin sekolah. Budak-budak biasalah bila ada yang tak puas hati atau ada perkara yang dia suka atau tidak suka pastinya akan mengadu. Kena tolak di kantin kadang-kadang boleh jadi perkara biasa selagi tidak jatuh tertiarap. Dalam keadaan murid-murid yang ramai dan tidak terkawal apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Hanya kita yang perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan.

Setiap aduan dari anak-anak kita perlu ambil kira dan ambil peduli. Sekurang-kurangnya ambil tahu punca dan kesan akibat kejadian. Sekiranya tiada kesan yang memudaratkan aduan itu perlu disimpan dan rasanya tidak perlulah diperbesarkan. Adatlah budak-budak. Jatuh bangun tu perkara biasa. Jangan sampai mendatangkan kecederaan. Buat sementara waktu berilah nasihat yang terbaik agar dia lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesalahannya.

Jangan sampai gejala buli terjadi.

posted from Bloggeroid

CPUV Ke-2 Mei 2015 dan Status Non-Glitterati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-2 Mei 2015.  Setelah masuk minggu ke-4, itupun dah di penghujung minggu baru masuk CPUV yang kedua bagi bulan Mei 2015.  Nampaknya bulan Mei ni CPUV kurang mesra sikit dengan blog YangBaik.  Tidak tahulah di mana salahnya.  Nak kata loading lambat dah cepat ... setelah bertukar template.  Pengunjungpun rasanya dah semakin ramai.  Bilangan pengikut pun semakin bertambah.

CPUV ke-2 Mei 2015


Kempen membaca bersama anak-anak.  Yang bestnya ajak anak-anak membaca sambil makan di McD.

Yang sempat singgah kat blog ni promoted content dari blog  Redmummy dan ada beberapa blog lagi yang bercerita mengenai menariknya membaca sambil makan-makan di McD.

Terima kasih Nuffnang... sudi juga bagi CPUV.

Non-Glitterati 


Cuma nak tanya kepada encik Nuffnang mengapa status blog YangBaik jagi Non-Glitterati sekali lagi.  Rasanya kali ini entah dah berapa kali status tu bertukar.  Untuk makluman encik Nuffnang, blog YangBaik tiada iklan dari yang lain selain dari Nuffnang sahaja.  Setia pada yang satu neh. Harapnya dapatlah encik Nuffnang betulkan semula status blog YangBaik.

Sekian.

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Sudah lama rasanya kita tidak mendengar lagu baru berkaitan lagu Melayu Asli. Bukan calang-calang orang yang mampu menyanyikannya dengan baik. Bukan sahaja menyanyi penulis lirik turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan lagu Melayu yang benar-benar Asli.

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015


Satu peluang keemasan kepada yang berminat dan berbakat dalam penulisan lirik lagu.   Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Program ini bertujuan untuk mencungkil bakal penciptaan lagu dan penulisan lirik yang merupakan kesinambungan daripada Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan.  Dengan adanya program seumpama ini secara tidak langsung dapat memartabat dan memulihara warisan tradisi Negara dan mengekalkan ras cinta kita terhadap seni muzik tradisional dikalangan generasi muda.




Penyertaan untuk pertandingan ini teruka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.  Peluang kepada remaja seawal usia 15 tahun juga boleh menyertai pertandingan ini. Inilah peluang untuk kita mengasah bakat terpendam.

Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan.  Kiranya berbaloi dengan usaha menghasilkan karya dan penulisan lirik Melayu Asli.

Syarat pertandingan lain dan borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.jkkn.gov.my




Selamat mencuba kepada semua.  Semoga bertambah lagu kesenian Melayu Asli yang bermutu tinggi.

Ini adalah entri khidmat masyarakat

Antara sedikitnya akal dan banyaknya lidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara sedikitnya akal dan banyaknya lidah



Selalu sangat bila bercakap tak guna akal.  Cakap jer ikut sedap mulut.  Kira membebel lah kan.  Kita bila dah jadi mak-mak macam nilah... maaf cakap la kadang-kadang terlepas cakap juga dengan anak-anak.  Tetapi cepat-cepat minta maaf balik dengan anak-anak... tak sengaja.



Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.  (Ali)

Semoga kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.  Walaupun kadang-kadang berkata-kata tanpa guna akal tetapi adalah lebih baik biasakan berkata-kata hal yang baik-baik sahaja.

Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...