FOLLOWER

26 Mei 2015

Perlu kah kembali kepada asal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perlu kah kembali kepada asal.  Entah tiba-tiba YangBaik rasa nak kembali kepada template asal. Kembalikan template blog ini kepada template asal.  Belum sempat sebulan bertemplate dengan New Thesis SEO tetapi nak berubah angin semula.  Tetapi tidak dinafikanlah template ni memang awesome.... cepat jer perjalanannya berbanding template asal.

Bezanya template ini tidak banyak pilihan design.  Kalau nak bertahan dengan template ini kena rajin selongkar coding html.  Bab tu yang tidak berapa nak rajin. Nak mengadap depan notebook comel tu lama-lama.


Apa pun sudahnya perlu difikirkan semula.  Sama ada tukar kepada template blog yang asal atau geledah coding html template sekarang.

Pilihan ditangan kita untuk membuat pilihan.

Semoga dipermudahkan.  Tidak susah untuk berlaku jujur terutama kepada diri sendiri

CPUV ke-3 Mei 2015 dan Status Glitterati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-3 Mei 2015 dan Status Glitterati.  Ada sesetengah perkara kita perlu juga warkan untuk pengetahuan umum supaya ada orang tahu.  Bukan bertujuan untuk bermegah, riak atau takbur tetapi untuk berkongsi kegembiraan.  Supaya orang lain yang mana berkenaan akan turut berusaha mendapatkan seperti apa yang telah kita usahakan.  Sebaliknya jika kita tidak berupaya menerima seperti yang diwarkan oleh orang lain, tidak semestinya kita merajuk atau menarik diri.  Pastinya ada di mana-mana yang kita tidak pasti dan tidak tahu.  Tetapi teruskan berusaha.  Usaha tangga kejayaan.

Dua hari berturut-turut YangBaik bercerita mengenai CPUV yang diterima daripada Nuffnang. Kadang-kadang rezeki kita ada tetapi tidak semestinya sama dengan orang lain.  Kerana rezeki atau tuah setiap orang memang berbeza.

CPUV ke-3 Mei 2015


CPUV ke-3 bagi bulan Mei 2015, Maxis OnePlus One.  Tak perasan pula bagaimana bentuk iklan CPUV kali ini.  Kerana yang masih berkeliaran di blog ini adalah CPUV ke-2, McDonald's Family (PC).  Mungkin sehari dua lagi akan muncul jua iklan CPUV dari Maxis.

Menarik juga untuk CPUV kali ini kerana ia didatangkan bersama status Glitterati.  Gembira sangat sebab status geli-geli tu dah dikembalikan.  Baru sahaja nak hantar tiket kepada Nuffnang berkenaan pertukaran status.

Ada bagusnya juga naikkan cerita mengenai status Non-Glitterati pada entri semalam.  Nuffnang pastinya akan mengambil tindakan yang sewajarnya.... tidak boleh mengharapkan kepada web crawler nya yang buat tindakan automatik.

Terima kasih Nuffnang dan terima kasih kepada anda semua atas sokongan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...