FOLLOWER

28 Mei 2015

Susahnya Inas nak tidur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susahnya Inas nak tidur. Sekarang Inas selalu sangat tidur lewat. Tidak sama masa dia baby dulu. Dah naik pening kepala melayan kerenah dia. Ada saja nak diusik, sentuh sana, belek sini, kejap lagi sembang dengan soft toy 'Minnie'. Agak jemu sembang dengan minnie dia usik pulak abang dia yang sedang tidur.



Bimbang juga bila usianya mencecah 5 tahun pada awal tahun depan. Nak kena hantar ke pra sekolah. Kalau asyik tidur lewat macam sekarang alamatnya lambat bangun pagi dan lambat pulak ke sekolah. Bila Inas lambat ke sekolah alamatnya lambat jugalah umi dan ayah ke tempat kerja.

Nak buat macam mana bagi Inas tidur awal nie... aduyai.

posted from Bloggeroid

Antara pengetahuan dan keinginan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Antara pengetahuan dan keinginan


Knowledge of mankind is a knowlege of their passion

Pengetahuan manusia adalah pengetahuan terhadap keinginan
mendalam mereka




Pengetahuan sungguh terbatas.

posted from Bloggeroid

Sorok duit bawah karpet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Simpan duit bawah karpet. Tak pernah terfikir pulak nak sorok atau simpan duit bawah karpet apatah lagi tikar getah. Oleh kerana karpet di rumah ni sentiasa berubah maka idea simpan duit bawah karpet bukanlah sesuatu yang sesuai diamalkan.

Karpet di rumah ni pun bukannya banyak, yang sering digunakan hanya sekeping saja itu kecil. Letaknya depan tv bagi senang anak-anak nak tengok tv. Bantal duduk pun dah disimpan dalam almari lama. Ada dua keping karpet lagi, sekeping tu agak besar juga kira-kira seluas ruang tamu merupakan peninggalan arwah bonda, pernah digunakan dirumah ini pertama kalinya setahun yang lepas kini tersimpan bawah katil. Sekeping lagi bersaiz sederhana dan selalunya akan dibentang ketika perayaan atau kehadiran tetamu yang agak ramai.



Karpet ini letaknya depan tv dan menjadi port untuk anak-anak duduk dan melepek depan tv. Sekali tengok Abid duduk depan tv macam ni ... nampak dah besar sangat budak sorang nie. Tiada siapa boleh sangka apa yang difikirkannya. Tegur pun buat tidak endah saja. Tambah bila umi rakam gambar dia... memang dia buat tidak tahu.

Tiba-tiba terperasan pula umi rakam gambar dia apalagi bisingla. Terus pergi ke tempat lain sambil bawa tabung mainan yang sudah kosong.



Tahu pula nak ambil duit yang dia sorok tadi. Amboi! buat main pula dengan duit. Boleh pulak simpan bawah karpet yang seciput tu.

Apalagi, cepat-cepat angkat karpet ... banyak lagi rupanya dia sorok duit bawah karpet nie.

Simpan duit bawah karpet memang tidak selamat. Silap haribulan kena sapu bersih.

o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

Solat Sunat Istikharah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Solat Sunat Istikharah

Dah lama sebenarnya tidak laksanakan solat sunat Istikharah.  Bukannya sebab tiada kepentingan tetapi terlupa.  Dalam keadaan tertentu kita selalu juga mengharapkan dapat membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarga.  Maka jalan yang terbaik salah satu darinya adalah dengan mengerjakan solat sunat Istikharah.

Solat sunat Istikharah tidak susah mana nak mengerjakannya.  Terpulang kepada kekuatan semangat kita untuk melaksanakannya.  Tidak tahu kena belajar.  Sebaik-baiknya belajar di alam nyata elakkan belajar perkara-perkara agama melalui alam maya.  Belajar di alam nyata lebih jelas berbanding dengan alam maya.  Belajar perkara agama tidak sama dengan belajar buat kek atau biskut.


Imej hiasan

Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan shalat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah karena sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya.  (Ibnu Abi Jamrah)

Ada banyak cara penyelesaian.  Kita perlu bijak membuat pilihan dan sampai terperangkap dengan pilihan yang memakan diri.

Berkongsi kebaikan dengan semua. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...