FOLLOWER

16 Jun 2015

Pemenang bagi SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang bagi SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015.  Masih ingat tak lagi dengan entri mengenai segmen menjelang Ramadhan 2015? Seperti biasa lah YangBaik bila ada kelapangan akan join mana-mana segmen atau giveaway. Jika ada yang terlepas tu maknanya tak sempat buat entry atau terlepas.



Pemenang Segmen Menjelang Ramadhan


Syukur Alhamdulillah. Kali ini sekali lagi YangBaik terpilih sebagai salah seorang daripada penerima hadiah melalui segmen menjelang Ramadhan yang dianjurkan oleh rakan blogger Nurhidayah Nordin atau Yaya Chendana.   Macam patung chendana yer.

Agak terlewat juga YangBaik buat entri ini.  Kalau kata sibuk... semua orang sibuk dan begitulah YangBaik.  Betul-betul tak sempat.  Masih ada beberapa entri yang terhutang.  Terhutang dengan diri sendiri.  

Walau apa pun, terima kasih kepada Yaya Chendana di atas penganjuran segmen ini.  Tahniah kepada semua rakan blogger yang terpilih.  Dan kepada anda semua, hari ini rezeki mereka... esok lusa tiba juga giliran kita.  Apa yang penting perkenalan di alam maya dan silaturrahim yang terjalin.

Sekian.

Kembali semula ke template asal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kembali semula ke template asal.  Setelah bersiaran bersama template New Thesis SEO V3 selama sebulan, kini blog YangBaik kembali semula kepada template asal dari Blogspot.  Kembalinya blog ini ke template asal pada hari ini setelah beberapa kali blog ini kelihatan tidak stabil.  Mungkin juga menjejaskan pengunjung lain.  Maklumlah baru hari ini YangBaik sempat membelek blog yang disayangi ini.

Masih banyak ruang dan masa yang perlu digunakan untuk belajar mengenai template SEO.  Ada beberapa perkara yang kurang jelas kerana tukar template ini main ikut-ikut dan 'try and error'.


Nampaknya loading blog ini akan kembali perlahan, memandangkan YangBaik belum lagi sempat nak menukar 'gear' blog ini.  Nak kena belajar lagi nie..

Sekian untuk hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...