FOLLOWER

26 Jun 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Raya Giveaway by Sally Samsaiman


Selagi belum habis puasa dan hari raya, kita join mana-mana giveaway berkaitan dengan raya.  Esok esok bila dah lepas raya tiada dah giveaway berkaitan raya.  Yang mana rajin anjurkan giveaway atau segmen tu sila teruskan... pasti ada ramai rakan blogger yang akan turut serta asalkan syaratnya mudah dan buat entry pun mudah.

Berbalik semula kepada tajuk entri hari ini Raya Giveaway by Sally Samsaiman, siapa tidak kenal dengan Sally yang merupakan peminat k-Pop tegar.  YangBaik tidaklah berhasrat nak bercerita mengenai k-pop pula dalam entri ni tetapi mengenai giveway yang dianjurkan oleh Sally.

Jom kita tengok apa yang Sally tawarkan melalui giveawaynya kali ini...


Raya Giveaway by Sally Samsaiman


Syarat-syaratnya:
  1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Raya Giveaway by Sally Samsaiman" 
  2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.
  3. Follow Blog Sally Samsaiman | mialiana.com | Ainim Rashihah | Mama Niza | Dayang Deno
  4. Follow Instagram  @sallysamsaiman | @mialiana | @dayangdeno
  5. Like Fanpage Official Sally Samsaiman | Blog DayangDeno | mialiana.com | Blog Ainim Rashihah 
Hadiah yang ditawarkan
  1. Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
  2. Kad Raya Design by DayangDeno - 5x Pemenang
  3. Kad Raya Sally - 15x Pemenang
Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan

Giveaway telahpun bermula pada 18 Jun 2015 dan akan tamat pada 3 Julai 2015.

Jom klik pada gambar banner di atas untuk turut serta dalam Raya Giveaway by Sally Samsaiman.


GA CINTAN CINTUN by CIKNA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GA CINTAN CINTUN by CIKNA


Cintan cintun. Teringat kisah ketika di bangku sekolah.  Masa tu baru kenal ayat tu.  Tetapi selalunya dikaitkan dengan mee segera CINTAN.  Bulan puasa ni nak tulis mengenai makanan pulak... ohh tidak!!  Zaman sekolah dulu cikgu selalu pesan "jangan suka sangat nak bercintan cintun, tumpukan pada pelajaran".  Betul tu kan?  Masa sekolah belajar lah jangan nak cintan cintun bagai pulak.  Yang penting pelajaran.

Ahkak merepek ehh di bulan puasa nie?  Bukanlah, itu ayat selingan bagi meraikan giveaway rakan blogger Cikna136.  Dah tajuk GA dieja begitu maka kita buatlah intro sikit mengenai tajuk nya.  Itu bukan merapu kan?

Yelah... jom kita tengok apa yang Cikna136 tawarkan untuk Giveaway Cintan Cintun.


Banner Giveaway Cintan Cintun


Hadiah yang ditawarkan

  1. 10 x bloglist bride2be 15/16 selama setahun(selagi korang follow blog ni)
  2. 10 x bloglist (boy+girl) selama setahun(selagi korang follow blog ni)
  3. 3 x bookmark lovely theme (boleh request nak bagi kat siapa)
  4. 1 x kad raya home made (Raya Haji)
  5. 1 x sampul raya home made (Raya Haji)
Tempoh giveaway bermula dari 24/6/2015 - 25/7/2015

Apa lagi... jom klik banner di atas untuk menyertai giveway cintan cintun... nak sangatkan bercintan cintun :D

Selamat bercintan cintun !!! 



Pergi tidak dilarang bahkan dijemput

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pergi tidak dilarang bahkan dijemput

Pernah dengarkan istilah "rumah kata pergi kubur kata mari".  Seram sejuk pula tajuk dan permulaan untuk entri hari ini.  Biasalah ... kita semua dah biasa dengan bermacam-macam istilah.  Sudah tidak kisah sangat dengan istilah yang berbagai sekarang.  Cuma terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menilai baik dan buruk sesuatu istilah.

gambar hiasan


Sekadar berkongsi petikan hikmah untuk renungan kita bersama.

Ketahuilah! Sesungguhnya dunia telah bersiap-siap untuk meninggalkan kita dan sebaliknya akhirat telah bersiap untuk menjemput kita. Masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) memiliki anak-anak. Jadilah kalian semua anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak-anak dunia, karena sesungguhnya hari ini (dunia) adalah waktu untuk beramal tanpa ada hisab (perhitungan amal), sedangkan esok hari (akhirat) adalah saatnya hisab tanpa ada amalan.  ('Ali bin Abi Thalib)

Semoga sama-sama kita mendapat manfaat.  Selamat beribadah di bulan Ramadhan.  Maaf Zahir dan Batin.

Ramadhan Kareem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...