FOLLOWER

1 Julai 2015

Komentator Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Komentator Jun 2015


Sekali lagi entri penghargaan kepada rakan blogger yang rajin meninggalkan komen di blog YangBaik.  Tiada kata secantik bahasa untuk YangBaik ucapkan kepada rakan blogger sekalian. Setiap patah dan baris ayat yang dilontarkan di ruang komen blog ini begitu bermakna sekali.  

Mungkin juga rakan blogger perasan, YangBaik sudah jarang membalas komen-komen yang diberikan.  Bukan tidak menghargai tetapi untuk memberi ruang kepada rakan-rakan sekalian mentafsirkan sendiri apa yang telah ditaip.  Namun di kesempatan lain YangBaik akan terus berusaha untuk membalas setiap komen yang ditinggalkan.


Komentator Jun 2015

Mari berkenalan dengan mereka.
  1. Ms. Kejupenyet (18)
  2. AinAthirah Anuar (12)
  3. adianiez AIDA (10)
  4. budakbandunglaici (9)
  5. Hani Fadhlina Abdul Rahman (8)
  6. Farah Waheda Wahid (7)
  7. Azizi Elias (4)
  8. Nurfaezah Abdullah (3)
  9. Maria Firdz (3)
  10. AyuInsYiraH (2)

Ilustrasi. (Foto: cahayaislam.net)

Terima kasih dan penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan yang tidak sempat meninggalkan komen.  YangBaik amat memahami keadaan semua.  Kadang-kadang nak letak komen tiada idea atau boleh jadi juga entri yang dikeluarkan itu seperti tiada apa yang hendak dikomen.  Apa pun tanggapan rakan blogger sekalian, YangBaik memahaminya.  

Terima kasih atas trafik yang diberikan sepanjang bulan Jun dan bulan-bulan yang akan datang. Semoga rakan blogger sekalian tidak jemu singgah dan tinggalkan pendapat mengenai blog YangBaik.




Terima kasih Bloglist 5-6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terima kasih Bloglist 5-6


Seperti kebiasaannya, bila masuk bulan baru maka rakan blogger yang berada dalam blogslit bulan bulan yag terdahulu akan dilepaskan.  Bukan kerana tidak sayang tetapi untuk memberi peluang kepada rakan blogger yang baru mengambil tempat dalam senarai bloglist berikutnya.

Ilustrasi. (Foto: cahayaislam.net)
Terima kasih.  Sumber

Terima kasih kepada 11 rakan blogger yang bertakhta di dalam bloglist YangBaik sepanjang bulan Mei - Jun 2015.  Tidak perlu bimbang kehadiran kalian ke dalam blog ini pastinya akan ada lagi dan lagi bila tiba masanya... Nak tahu?  Buatlah segmen atau Giveaway yang mudah-mudah dan YangBaik akan 'add' semula blog kalian dalam bloglist berikutnya.

Jom berkenalan dengan rakan blogger Mei - Jun 2015.

  1. ::My §wÉèT L╣Fê::
  2. Seindah Cerita
  3. IntaNBerliaN
  4. Cik Nor Blog's
  5. Official | Sally Samsaiman
  6. Syahirah Valiant
  7. ! ✿Blog Princess Mimi✿ !
  8. Love . Life .
  9. My Exclusive Boutique
  10. Beautylicious Boutique
  11. NaD Dea's
Terima kasih semua ada sumbangan idea untuk YangBaik terus berkarya.


Segmen Jom Kenal Raya by ASDYdimension

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Jom Kenal Raya by ASDYdimension


Selamat berkenalan.  Segmen pertama YangBaik join pada bulan Julai.  Ramai rakan blogger yang kita tidak kenal dan kita tidak tahu.  Ada juga yang kita kenal tetapi tidak pernah bersua wajah. Sekadar bersembang di ruang komen entri sajo.  Untung juga bagi rakan blogger yang dapat berjumpa dan anjurkan 'gathering'.  Secara tidak langsung dapat eratkan silaturrahim dan saling mengenali antara satu sama lain.

Jom kita berkenalan pula dengan penganjur segmen kali ini.  'Meh' kita tengok ada apa dengan segmen ini.

Segmen Jom Kenal Raya 2015


Segmen ini dianjurkan oleh rakan blogger diyanazdin.

Segmen bermula 30 Jun 2015 dan tamat pada 23 Julai 2015.  Tepat sekali dengan temanya Jom Kenal Raya.  Walaupun raya belum mula tetapi tamatnya dalam musim raya... jadi jom berkenalan.

Klik banner di atas untuk turut serta.

Jom kita beri sokongan kepada rakan blogger.



Pageview melepasi 10,000

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pageview melepasi 10,000


Akhirnya pada hari ini, 1 Julai 2015, dapat juga melihat pageview blog YangBaik melepasi 10,000. Bukanlah YangBaik tidak perasan, pageview melepasi 10,000 baru saja beberapa kali tetapi jarang sangat berlaku.  Jadi bersempena dengan kedatangan bulan Julai 2015 kita siarkan bilangan paparan (pageview) sepanjang bulan Jun.

Pageview 1 Julai 2015


Pageviews bulan lepas 10,433.  Satu pencapaian yang besar untuk blog YangBaik, walaupun tidak banyak seperti blog otai tetapi cukup rasanya untuk rekod blog ini.  Lepas ni bolehlah selalu 'keep on track' dengan pageview blog YangBaik.

Terima kasih kepada anda semua yang sering menjejaki blog YangBaik.  Tanpa kehadiran anda selaku rakan blogger mana mungkin pageviews blog YangBaik mampu mencecah 10,000.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...