FOLLOWER

20 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Hari ini sudah masih hari ke-4 kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Dan, YangBaik baru berkesempatan menerbitkan entri bersempena hari raya.  Bezanya untuk entri ini tiada gambar ahli keluarga sekitar sambutan hari raya Aidil Fitri bagi tahun 2015.... begitu juga dengan tahun-tahun yang lepas.




Ucapan selamat hari raya ini ditujukan kepada semua pembaca blog YangBaik.  Semoga hari raya tahun ini memberi makna yang terbaik buat kita semua.


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Malam al-Qadar impian semua
Datangnya hanya sekali setahun
Hari raya menjelang tiba
Salah dan silap sudah bertahun
Harap dimaafi semua cela
Jiwa tulus semua terampun

Sekian.  

CPUV Pertama dan kedua Julai 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Pertama dan kedua Julai 2015


Bulan Julai sudahpun mencecah hari yang ke-20, baru lah YangBaik nak keluarkan entri mengenai CPUV pertama dan kedua.  

Lambatnya weh... mana tidaknya semangat nak up entri CPUV tidak berapa nak menjadi disebabkan yang masuknya tidak seberapa walaupun setiap hari up entri. 

Dah nampak macam lari tajuk atau lari dari tujuan asal berblogging?  Tidaklah.  Sekarang ni sendiri tanya sendiri jawab, sendiri buat entri sendiri baca... dah jadi entri syok sendiri pulak.  Orang lain dok sibuk berhari raya kita dok sibuk pasal CPUV yang tidak seberapa.

Tengoklah dulu CPUV apa yang ada di blog YangBaik nie...

CPUV Pertama dan Kedua Julai 2015

CPUV pertama Wall's Magnum Raya berkempen di blog ini mulai 3 Julai 2015.  Sehingga entri ini dikeluarkan, tidak banyak % klik yang diperolehi.  Mana pergi nye?  Ooo... bulan puasa orang kurang makan aiskrim.  Harap-harap bila dah raya nie, adalah penambahan sikit... Jom makan aiskrim Magnum :P

CPUV kedua pula krim kecantikan kulit Vaselin Vavavoom.  Ada nampak juga nampak kelibat iklan tu bergedik kat sini.  Semakin top nampaknya rakan blogger Namee Roslan.  Selalu juga nampak Namee Roslan dalam kempen PC Nuffnang.  Tuah dan rezeki orang yang rajin.

Vaselina Vavavoom - Namee Roslan
Vaseline Vavavoom - Namee Roslan

Sambil-sambil makan berhari raya tu jangan lupa layan iklan yang melekat di blog YangBaik. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...