FOLLOWER

24 Julai 2015

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


FeecaMella Raya 2015 Giveaway


FeecaMella, satu nama yang unik seunik blog.  Yang pastinya FeecaMella bukanlah nama orang tetapi nama kepada jenama fesyen yang sedang meningkat naik di laman sosial.  Kali ini ini FeecaMella berkolaborasi dengan blogger Aynal Mansor menganjurkan giveaway bersempena dengan sambutan hari raya tahun 2015.  


Owhh... Raya Giveaway!.  Bestkan, bila dah masuk musim raya kita bersesak-sesak pula entri di blog dengan giveaway raya.  Tidak dapat join rumah terbuka raya kita join giveaway raya biar meriah sikit blog dengan entry hari raya ... yeayy!!

Jom kita tengok apa yang FeecaMella dan Aynal Mansor tawarkan untuk giveaway ini.

FeecaMella Raya Giveaway
FeecaMella Raya Giveaway

Kawan-kawan perlu jawab 1 soalan mudah dan berpeluang untuk menang giveaway awesome dari FeecaMella :)  

Boleh lah dapat duit raya dan bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.  Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :)

Giveaway bermula dari 23 Julai 2015 dan berakhir pada 31 Julai 2015

Pemenang akan diumumkan di 2 Ogos 2015 :)

Syarat-Syarat Wajib Penyertaan :
  1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway" -----> (Copy & Paste kandungan entry ini)
  2. Follow blog ini, Aynal Mansor
  3. Follow Instagram @FeecaMella
  4. Like Facebook FeecaMella
Soalan :

Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan? ----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :)

*******
Letakkan link penyertaan & nama instagram kawan-kawan di ruangan komen seperti contoh dibawah ini. !! :)

CONTOH PENYERTAAN :


Dapat tak?  Mudah saja.  

Apa tunggu-tunggu lagi, klik banner di atas untuk menyertai giveaway dan seterusnya menambah bilangan rakan blogger. 

Semoga Berjaya!! :)


Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015


Alhamdulillah.  Dah tua pun boleh dapat duit raya lagi.  Kira anggap duit raya lah sebab dapat pada bulan hari raya.  Terima kasih kepada Fadzi Razak di atas penganjuran Giveaway sempena pertukaran domain baru blognya fadzirazak.com.  Gigih betul ibu muda sorang ni.  Walaupun sibuk melayan anak kecil sempat lagi publish entri senarai pemenang.  Tahniah!!! Semoga Fadzi dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Tengoklah apa hadiah YangBaik dapat dari Giveaway ini.

Taraaa... macamlah suspen sangat yer :P

Menang Giveaway Blog Fadzi Razak Launch 2015
Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Sesekali blogYangBaik mesra random.org pula.  Kira nak jadi rezeki.  Daripada 93 orang peserta, 12 orang telah dipilih sebagai pemenang menggunakan khidmat random.org.

Terima kasih sekali lagi kepada Fadzi Razak dan tahniah kepada semua rakan blogger yang telah terpilih.

Semoga ukhuwah terus terjalin walaupun tidak pernah bersua.


Pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada hari Jumaat


Pada hari Jumaat terdapat satu waktu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya.  Carilah ia di akhir waktu selepas Asar.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Pada hari Jumaat
Pada hari Jumaat

Peluang untuk kita mendapat kebaikan banyak.  Carilah ia.  Semoga mendapat manfaat.


Nilai keluar dari perut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nilai keluar dari perut


Baik atau buruk yang masuk ke dalam perut kita itulah yang akan menjadi darah daging kita. Sememangnya kita sering kali alpa dan lalai dengan setiap peringatan yang diberikan.  Biarpun berulang kali namun peringatan itu gagal melekat terus dalam hati dan sanubari kita.


"Siapa yang tujuannya hanyalah apa yang akan masuk ke dalam perutnya, maka nilainya tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya".  (Imam asy-Syafi'i)

Semoga Allah mengampun kekhilafan kita pada masa lalu dan masa akan datang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...