FOLLOWER

24 Ogos 2015

Sumber Trafik Blog YangBaik Hari Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sumber Trafik Blog YangBaik Hari Ini


Jarang sangat rasanya YangBaik post trafik yang singgah di blog ini.  Tetapi hari ini entah bagaimana tergerak pula hati nak post senarai trafik ke blogYangBaik.  Hasrat untuk post senarai trafik sudah lama terbuku dalam blog.  Cuma tidak dapat nak buat secara konsisten.  Tengoklah beberapa hari atau beberapa minggu jika rajin atau ada kelapangan, YangBaik akan usahakan untuk post senarai trafik yang singgah ke blog picisan ini.  

Sumber Trafik Hari Ini
Sumber Trafik Hari Ini

Disenaraikan blog yang menyumbang trafik ke blog YangBaik hari ini sehingga jam 5.00 petang:

  1. syiralokman.blogspot.com
  2. amirnawawi.com
  3. inertz.com
  4. lintasjalan.blogspot.com

Daripada 10 trafik, 4 trafik dari blog yang singgah.  Mungkin ada juga dari blog lain yang singgah tetapi tidak termasuk dalam senarai trafik di atas kerana tidak cukup paparan.  Walau apa pun terima kasih kepada semua yang sudi singgah tidak kiralah singgah pandu lalu atau singgah tinggal jejak. Kehadiran anda semua cukup bermakna buat blog picisan ini.

Apakah kita blogger yang berwawasan dan blogger Malaysia yang terbaik?  Sendiri fikir dan tafsirkannya...

Majulah blog untuk negara.




Sedekah tidak perlu tunggu kaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sedekah tidak perlu tunggu kaya


Catatan semula dan perkongsian dari laman sosial.
"Orang-orang yang mencela kaum Mukmin yang bersedekah dengan suka rela dan mencela mereka yang tidak memiliki sesuatu untuk sedekah kecuali sebatas kemampuan, maka orang-orang itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka dan untuk mereka azab yang pedih." (Surah At-Taubah: 79) 

Sedekah tidak perlu tunggu kaya
Sedekah tidak perlu tunggu kaya

#peringatanbuatdirisendiri


Berada dalam kebenaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berada dalam kebenaran


In shaa Allah, kita akan sentiasa berada dalam kebenaran selagi kita mendekatkan jasad dan rohani kita kepada Yang Maha Pencipta.  Sentiasa bersabar dengan setiap ujian serta berdoa dan mengharapkan bantuan hanya daripada Tuhan yang satu.


Petikan Surah Al-Baqarah, ayat 186
Petikan Surah Al-Baqarah, ayat 186

Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.  (QS. Al Baqarah: 186)

Semoga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...