FOLLOWER

25 Ogos 2015

10 Surah Penghalang Ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Surah Penghalang Ujian


Hidup kita tidak lari dari ujian.  Mahu atau tidak ujian itu tetap datang dalam bentuk dan rupa yang berbeza.  Ujian yang datang itu didatangkan oleh Allah mengikut kemampuan hambaNya.  Kita selaku hambar perlu bersabar dan menerima setiap ujian dengan rela hati tanpa bersungut.  Memang benar kita selaku manusia biasa yang lemah sering kali leka dan alpa namun itu bukanlah alasan untuk kita berusaha mengatasi setiap halangan dan ujian yang menimpa.




Berikut adalah sebahagian daripada usaha yang boleh kita lakukan.  Bacalah surah-surah berikut, selain daripada dapat menghalang ujian kita juga beroleh pahala yang besar kerana membaca Al-Quran.

  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Ad-Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
sumber

Semoga kita dapat jadikan amalan seharian.



Jangan kata makcik tak cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan kata makcik tak cakap

Entahlah apa jenis cerita yang nak dijadikan bahan untuk entri kali ini. Nak reka tajuk pun bukanlah mudah. Tapi tajuk kali ini memang spontan datangnya dari naluri seorang ibu yang prihatin dengan anak-anak sekitarnya biarpun anak itu adalah anak orang lain bukan anaknya sendiri. Kita ini wanita apabila jadi ibu naluri kita pastinya berubah menjadi lebih prihatin. Dalam situasi sekarang seorang ibu itu seharusnya memiliki semangat yang kuat ditambah dengan sedikit ketebalan pada mukanya.

Wahai anak-anak, jangan kata makcik tidak pernah cakap atau jangan pernah fikir ibumu juga tidak pernah menasihatimu.

Peristiwa petang tadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi kita yang hidup di zaman moden ini. Mungkin ada benarnya bila ada orang mengatakan anak-anak sekarang sudah terlalu bijak dan tidak perlu ditegur.

Lalu, bagaimana lagi kita hendak memainkan peranan sebagai warga yang prihatin bilamana teguran kita sewenang-wenangnya dipersendakan, dipermainkan dan ditertawakan. Mohon jangan terasa.

Wahai anak-anak, jangan kata makcik tak tegur bilamana kamu dewasa kelak. Kerana setiap teguran itu pastinya ada sebab dan akibat bukan sengaja direka.

Peringatan juga buat anak-anakku, hormatlah pada orang dewasa yang menasihatimu. Pastinya ada sesuatu disebalik setiap teguran. Jikapun kamu tidak memahami teguran itu atau kamu tidak mengenalinya... hormatlah dia kerana lebih berumur darimu. Usah dipersendakan teguran itu.

Wahai anak-anak, maafkan makcik ini yang menyusahkan kamu dengan teguran itu. Jangan kata makcik tak tegur.

posted from Bloggeroid

Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com


Kita blogger Malaysia sememangnya #sehatisejiwa.  Bila ada tema pada bulan tertentu kita akan menghargainya dengan cara kita yang tersendiri.  Bersempena bulan kemerdekaan pastinya banyak sambutan yang ingin dilakukan kerana kita rakyat Malaysia.  Olahan ayat yang tidak berapa nak menjadi.

YangBaik nak mengajak rakan blogger sekalian join Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com.

Jom kita tengok ada apa dengan Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com.


Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com

Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com


Terlebih dahulu dimaklumkan hadiah untuk giveaway ini ditaja sepenuhnya oleh penganjur giveaway ini, berupa 2 botol Spring Bloom Aromatic Mist Dreamy Floral SimplySiti (bukan sponsor daripada Dato'Siti Nurhaliza).  Bestnya dapat hadiah perfume... wangi lah blog YangBaik nie... :P

Giveaway ini tamat pada 15 September 2015.

Klik banner di atas untuk turut serta.  Cepat cepat cepat...


Lukisan lewat malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lukisan lewat malam


Malam sudah lewat, masih kelihatan kelibat anak kecil berusia 4 tahun bermain-main dengan pensil warna. Tiada tanda menunjukkan dia akan tidur awal. Sesekali dia menjeling ke sini. Namun masanya lebih banyak menghadap secebis lukisan kecil di atas meja itu. Begitu tekun sekali. Seakan leka dan terbuai dengan dunianya sendiri.

Malam sudah lewat, anak umi seorang ni masih jua belum tidur. Umi tahulah Inas belum sekolah dan esok tidak perlu bangun awal. Tidakkah matamu rasa mengantuk wahai anakku?



Inas Insyirah sudah semakin serasi dengan pensil warna. Ada perkembangan yang amat cemerlang, memandangkan sebelum ini warna-warna pensil itu terlakar "indah" di pelusuk dinding. Tanpa disedari dia semakin bijak mewarna pada setiap lukisan abangnya di atas kertas A4 atau buku tulis terpakai dan tidak lagi di kanvas batu.

Seni itu indah tidak mengenal usia.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...