FOLLOWER

3 September 2015

Andai nafas terhenti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Andai nafas terhenti

Amat menakutkan.  Walaupun menakutkan ianya akan terjadi.  Pada bila-bila masa.  Sentiasa bersedia.  Bersediakah kita.



Andai nafas terhenti
tanpa sempat istighfar
ruginya tak terperi

andai nafas terhenti
dalam kancah maksiat
sesal tiada lagi bererti

andai nafas terhenti
dalam redha Allah
bahagialah hidupnya
dunia dan akhir sana

Semoga kita sentiasa bersedia...



segmen blogwalking Hari Kebangsaan 2015 bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


segmen blogwalking Hari Kebangsaan 2015 bersama ayuinsyirah


Masih ada masa untuk join segmen walaupun majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia telahpun berlangsung pada 31 Ogos 2015.   Kali ini rakan blogger, Cikgu Ayu menganjurkan segmen blogwalking bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara.

Marilah kita sama-sama beri sokongan dan meraikan bulan kemerdekaan negera kita

segmen blogwalking Hari Kebangsaan 2015 bersama ayuinsyirah

segmen blogwalking Hari Kebangsaan 2015 bersama ayuinsyirah

Klik banner di atas untuk turut serta.  Segmen ini tamat pada 5 september 2015 jam 5 petang

Sudah lama sebenarnya tidak join segmen anjuran Cikgu Ayu.  Rasanya ada beberapa segmen telah terlepas.  Kali ini kita sempatkan juga untuk join segmen sebagai sokongan kepada Cikgu Ayu.

Jom Malaysia #sehatisejiwa


GIVEAWAY HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana


Bulan Zulhijjah bakal tiba.  Bulan penuh rahmat di mana hanya di dalam bulan berkenaan sahaja umat Islam menunaikan ibadah Haji dan menyembelih korban.  Di dalam bulan Zulhijjah juga umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga turut dikenali dengan Hari Raya Haji.

Bagi meraikan hari raya berkenaan rakan blogger Yaya Cendana telah menganjurkan Giveaway. Sebagai tanda kesyukuran atas penglibatannya dalam dunia blogging.  Semoga bertambah murah rezeki Yaya.

Jom kita tengok apa yang ditawarkan melalui Giveaway Hari Raya Aidiladha by Yaya Cendana.

HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana
HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana

Giveway ini berlangsung mulai 3 hingga 23 September 2015.

Ucapan Hari Raya Aidiladha buat Yaya:   Selamat Hari Raya Aidiladha.  Semoga hari raya tahun ini membawa rahmat dan kebahagiaan dalam hidup yaya.  Pengorbanan ibu bapa pastinya yang terbaik buat kita sehingga kita dewasa.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:


Terima kasih kepada Yaya dan sponsor yang sudi anjurkan giveaway ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...