FOLLOWER

6 Oktober 2015

Pemenang Mini Birthday Giveaway By Mimin Adam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Mini Birthday Giveaway By Mimin Adam


Alhamdulillah.  Dalam suka ada duka, dalam duka terselit kebahagiaan.  Hari ini rakan blogger Mimin Adam telah mengumumkan senarai pemenang bagi  Mini Birthday Giveaway by MiminAdam, yang telah dianjurkan pada 1 - 30 September 2015.  

Berikut adalah antara kategori hadiah dan rakan blogger tersenarai sebagai pemenang.

Antara Pemenang
Antara Pemenang 

Senarai pemenang telah diumumkan oleh Mimin dalam entri di SINI.  Banyak hadiah dan ramai pemenang yang terpilih menjadikan banyak kerja yang perlu dilakukan berserta komitmen yang tinggi.  Menganjurkan giveaway bukanlah satu perkara yang mudah tambahan bila dianjurkan bersama dengan rakan sponsor yang ramai.  Ada ketika tiada gangguan dan ada masa-masa tertentu bermacam-macam halangan yang datang menimpa.  Disebabkan itulah, YangBaik lebih senang menjadi penyokong rakan blogger yang menganjurkan segmen atau giveaway.

Terima kasih kepada Mimin Adam atas pemilihan ini dan tahniah kepada rakan blogger yang telah terpilih.  Hari ini ada hadiah buat kita, esok-esok hadiah untuk orang lain pula.  Begitu kitaran kehidupan kita sentiasa berubah dan tidak selamanya berada di atas.



Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway


Sokongan berterusan kepada rakan blogger yang baru dikenali, juga merupakan seorang pengedar sah produk Shaklee di Pulau Pinang.  Apa lagi yang menarik mengenai giveaway ini bukan kerana hadiah yang ditawarkan tetapi persahabatan sesama rakan blogger.  Mungkin kita tidak pernah bersua namun ada kesempatan kita akan bersua jua dengan izinNya.  In shaa Allah.

Jom selusuri apa yang ditawarkan melalui giveaway ini
Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway

Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway 

Ai Pengedar Sah Shaklee Pulau Pinang


Jom dapatkan vitamin shaklee dengan Ai Pengedar Sah Shaklee Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ai adalah pengedar sah Shaklee di Pulau Pinang.Bernaung di bawah satu group besar iaitu Euphoria.Ai pengedar sah shaklee di bahagian pulau.Secara tepatnya adalah ai pengedar sah shaklee di Gelugor Pulau pinang.Ai mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee pada September 2013.ID Shaklee Ai ialah 988021.Sebagai Pengedar Sah Shaklee,seluruh penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak boleh dapatkan vitamin-vitamin Shaklee dari Ai.

Sebagai pengedar sah shaklee yang beralamat di pulau pinang Ai menyediakan perkhidmatan

COD (Cash On Delivery)ke seluruh bahagian pulau.COD(bersyarat) juga dilakukan ke kawasan tanah besar juga bole.Antara syarat COD luar kawasan pulau ialah:
  • Pembelian minima RM200(mainland) RM300+Membership(Kedah) 
  • Mengikut tarikh dan waktu yang dipersetujui bersama 
  • Jika tidak dapat mematuhi syarat di atas maka servis Poslaju digunakan dan pelanggan perlu tanggung kos penghantaran 

CARA PEMBELIAN MELALUI SERVIS POSLAJU


Bagi pembelian melalui pengedar sah shaklee menerusi online dan ingin menggunakan khidmat poslaju untuk tujuan penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia,pelanggan boleh memesan melalui pesanan ringkas whatsapp dengan menghantar details penghantaran yang tepat seperti, Nama, Alamat dan Nombor Telefon setelah pembayaran dilakukan dan disahkan.  Sila pastikan segala info adalah tepat untuk memaastikan barang sampai dengan selamat.

Perlukan khidmat rundingan dan konsultasi percuma??

Hubungi Ai segera :  0134466077
Email:aimie8384@gmail.com
Whatsapp/Telegram:0134466077
Official Page: Pengedar Shaklee Penang
COD:Penang/Kedah
Poslaju:Seluruh Malaysia dan luar negara


SYARAT PENYERTAAN GIVEAWAY

  1. Follow blog ainalondiet.com,Add To Circle Google+ Ainal Syifa dan like Fanpage Pengedar Shaklee Penang
  2. Buat entry bertajuk Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway 
  3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry 
  4. Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen entri INI 
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan secara rawak 
  6. Giveaway ini akan berlangsung dari 5h Oct 15 sehingga 15hb Nov 15 
  7. Pemenang di umumkan pada 19hb Nov 15. 

HADIAH GIVEAWAY BERJUMLAH +-RM100


PERTAMA-HADIAH MISTERI BERJUMLAH RM45
KEDUA & KETIGA TOPUP RM10 SETIAP SEORANG
KEEMPAT DAN KELIMA TOPUP RM5 SETIAP SEORANG

Apa lagi, jom klik banner di atas untuk turut serta dalam giveaway anjuran Ai.


Jauhi sifat dengki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jauhi sifat dengki


Sifat dengki, semua orang pun tahu ia adalah satu sifat yang tidak baik.  Lazimnya sifat dengki ini diiringi dengan cemburu dan disertai niat jahat.  Sifat ini amatlah dilarang oleh Islam.

Sifat dengki lahir dari perasaan tidak suka, marah, benci kerana cemburu dan iri hati.  Apa faedah yang kita boleh dapat melalui sifat dengki atau hasad ini?  Tiada.  Melainkan kita dengki dengan kebaikan orang lain dan kita ikut kebaikan yang dia buat bukan dengan memusnahkan orang yang buat baik.

Rajinlah bersedekah, mudah-mudahan dapat menghapuskan sifat dengki yang bersarang dalam hati.  Gambar hiasan

Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.  (Aun bin Abdullah)

Mungkin agak sukar bagi kita mengikis sifat dengki yang jahat.  Tetapi berusahalah untuk menabur sedikit kebaikan. Sedikit demi sedikit agar kebaikan itu dapat menghakis sifat dengki yang tidak berfaedah.

Mudah-mudahan kita terhindar dari penyakit dan sifat dengki melampau yang langsung tiada faedah kepada kehidupan kita.


Antara suka dan fobia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara suka dan fobia


Apa yang nak diceritakan hari ini seandainya nadanya sama dengan semalam.  Semalam yang dirasakan berduka dan sama juga perasaannya pada hari ini walaupun tidak seduka semalam.

Hati dan perasaan kita banyak sangat yang mempengaruhinya.  Walau secuit rasa sudah mampu merubah seribu rasa dalam diri.

Dalam keadaan tertentu kita suka dengan situasi itu bilamana ia tidak mendatangkan kesusahan kepada kita.  Bukan kerana tidak suka dengan ujian .... tetapi siapa pula yang suka dengan ujian sebegini.

Semuanya soal hati.  Bergantung kepada hati dan penerimaan kita.

Tunaikan amanah

Keliru?

Benar sekali.  Penulis ini sedang melalui fasa yang amat mengelirukan.  Entah apa yang hendak diceritakan dan tidak tahu pula bagaimana hendak digambarkan rasa hati ini.

Fobia berada di mana-mana.  Melihat dinding juga fobia.  Fobia dengan sang rayap yang melintas.

Fobia juga bila terkenangkan peristiwa itu.  Tiba-tiba rasa benci dan menyampah.  Namun siapalah kita untuk menyimpan rasa itu.  Kerana rasa yang terbuku itu mampu merosakkan hati dan jantung lantas merobek kebahagiaan.

Tunaikan segera amanah itu .... agar fobia itu tidak melarat sarat dalam jiwa.

Biar jiwamu tenang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...