FOLLOWER

12 Oktober 2015

CONTEST: SAYA NAK HADIAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



CONTEST: SAYA NAK HADIAH


Saya nak hadiah!.  Jarang sangat rakan blogger buat contest tak bagi hadiah.  Cuma cara pemberian hadiah saja yang berbeza.  Kaedah penganjuran contest juga berbeza, bergantung kepada sebab dan punca.  Penerima hadiah juga berbeza ikut rezeki masing-masing.  Tidak sentiasa kita dapat hadiah tetapi yang penting sokongan istimewa kepada rakan blogger.  

Istimewa contest kali ini adalah penganjurnya bershasrat mencapai target 300 follower pada penghujung bulan 10.  Menarik!  In shaa target akan tercapai bila melihatkan kepada bilangan follower sedia ada serta kesungguhan Om.

Jom kita bantu Om capai hasrat murninya itu.  Kita lihat apa yang Om tawarkan untuk contest ini.

Contes Saya Nak Hadiah
Contes Saya Nak Hadiah

Pertama sekali, klik banner di atas untuk join Contest Saya Nak Hadiah.

Adakah belog Ombak Bergigi akan mencapai target 300 follower pada hujung bulan Oktober?

Ya

Anggaran follower: 305. Mengapa 305 Sebab 305 itu adalah anggaran saja dari YB. Jika bilangan follower lebih dari itu bagus sangat-sangat dan jika kurang... usaha lagi.


Apa lagi, jom berikan sokongan anda.  Realisasikan hasrat Om untuk mencapai bilangan follower melebihi 300.

Jangan lupa klik banner di atas untuk turut serta atau klik saja di SINI.

Cepat-cepat contest ini tamat 11 November 2015.

Cara Elak Sakit Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara Elak Sakit Hati


Jika kita amat-amati, kita sebenarnya tidak mampu untuk mengelak dari rasa sakit hati ke atas sesuatu perkara dan kejadian.  Lazimnya kejadian itu tidak selari dengan keinginan kita maka ia menyebabkan kita menjadi sakit hati.  Bila kita sakit hati, seluruh hidup kita rasa tidak selesa dan rasa serta tidak kena.  Sakit hati juga mampu merosakkan keharmonian hidup kita.  Ada masanya kita sendiri tidak pasti apa yang menyebabkan kita sakit hati.

Hidup ini
Hidup ini.  Gambar hiasan


Antara cara untuk elak sakit hati adalah dengan tidak pedulikan apa mereka buat dan tidak mengikut cara hidup mereka.

Janganlah Anda duduk-duduk (bermajelis) bersama para pengikut hawa nafsu, karena sesungguhnya duduk-duduk bersama mereka akan membuat hati menjadi sakit.  (Ibnu 'Abbas)

Semoga ada sedikit manfaat untuk kehidupan kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...