FOLLOWER

31 Mac 2016

Nasihat secara rahsia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Nasihat secara rahsia


Tiada siapa yang suka kecoh-kecoh.  Buat silap sikit heboh sekampung.  Habis semua orang tahu apa yang yang telah dia buat, dari orang tidak kenal sampai orang yang dah kenal lama.  Di mana nak disorokkan air muka ini.  Rasanya dah tebal lebih seinci atau mungkin lebih tebal lagi dari itu.  

Tetapi ada orang kesah ke kulit muka kau tebal ke nipis ke.  Janji apa yang mereka nak cakap dah lepas, tanpa mengira secalitpun apa perasaan kau ketika berita itu disebarkan.

Itulah lumrah yang biasa terjadi dalam hidup kita seharian.  Seboleh-bolehnya elakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan air muka orang.  Walaupun untuk contoh tetapi tidaklah perlu sampai menjatuhkan aib orang lain.

Gambar hiasan


Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahasia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya.
(Imam asy-Syafi'i)


Terima kasih atas perhatian yang diberikan untuk entri Nasihat secara rahsia.



1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...