FOLLOWER

20 April 2016

Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016


Alhamdulillah.  Rezeki berblogging lagi.  Rajin-rajin turut serta dalam segmen dan contest atau giveaway.  Kemenangan merupakan satu bonus atas usaha yang telah dilakukan.  Jika tidak berjayapun kita sudah beroleh manfaat dalam penyertaan; antaranya dalam link dari penganjur dan juga kunjungan dari rakan blogger yang turut sama memeriahkan segmen.

YB telah menyertai segmen Pencarian Bloglist Blog Tengkubutang.com 2016. Segmen berkenaan telahpun tamat pada 15 April 2016. Pengumuman PEMENANG SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST TENGKUBUTANG.COM 2016 telah dilakukan oleh penganjur pada 20 April 2016. Seperti biasa berdebar jugak menunggu keputusan.  Tak tahu sama ada tuah ayam, tuah sabut atau tuah batu.... ini tuah manusia lah..

Senarai Pemenang Segmen

Kiranya, kemenangan ini adalah kemenangan berganda kerana selain daripada terpilih ke bloglist penganjur, blog YB merupakan antara 5 daripada 15 blog yang terpilih untuk menerima keychain. Sungguh--sungguh terharu dengan pemilihan ini.  

Terima kasih kepada penganjur dan semua rakan blogger atas sokongan dan doa.  

Untuk melihat senarai penuh Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016, boleh klik pada banner di atas.  




1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...