FOLLOWER

3 Jun 2016

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan amat berguna buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan.  Puasa wajib diteruskan dalam apa jua keadaan kecuali dalam keadaan yang darurat dan menganggu kesihatan ibu dan bayi.  Bulan Ramadhan pastinya menjadi bulan yang penuh cabaran buat ibu menyusu terutama ibu yang bekerja di luar rumah.  Mengapa? Pada pandangan YB, ibu menyusu perlu mempunyai tenaga yang cukup untuk bekerja dalam masa yang sama perlu mempunyai simpanan susu yang mencukupi untuk anak kecilnya.  Pandangan ini sekadar pandangan peribadi YB memandangkan YB sendiri tidak mempunyai pengalaman berkenaan.




Jika anda ingin berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan. Anda boleh rujuk tips-tips dibawah.


1. Cukup rehat


Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air 


Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Mengepam pada waktu malam


Jika anda tiada masa untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam. 






4. Jangan stress jika susu kurang


Anda rasa susu anda berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply". Sentisa berfikiran positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

5. Pengambilan Milk Booster


Anda boleh cuba menggunakan milk booster seperti Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.



Mamom Milk Booster

Umma Lacto Milk Booster

6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein


Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.  Sebaik-baiknya elakkan daripada mengambil minuman berkarbonat atau bergas. Elakkan juga minuman berkafein.  Justeru minuman yang terbaik adalah air kosong, susu atau jus buah termasuklah jus kurma.

7. Amalkan Madu atau VCO


Anda sangat digalakkan untuk memakan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. VCO atau Minyak Kelapa Dara seperti D'Aura juga amat sesuai untuk ibu menyusu.


D'Aura Minyak Kelapa Dara


8. Jangan Abai Sahur


Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.  Di dalam sahur sendiri terdapat banyak keberkatan, justeru dalam kesibukan sebagaimanapun cubalah untuk bersahur walaupun dengan segelas susu atau air masak.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur


Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.


10. Makan Kurma Ketika Berbuka


Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.  Seperti kita semua sedia maklum, kurma mempunyai khasiatnya yang tersendiri selain daripada menggantikan tenaga yang hilang setelah sepanjang hari berpuasa.


Semoga Ramadhan kali ini memberikan penuh makna dan dapat membersihkan hati dan jiwa kita agar dapat meneruskan kehidupan ini untuk bulan-bulan berikutnya.  Ramadhan bukan sekadar meninggalkan makan, minum atau nafsu tetapi perlu diikuti dengan amal ibadah seperti tarawih dan tadarus al-quran.

Ramadhan kareem!


Sekian, terima kasih atas kesudian singgah baca Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan



5 ulasan:

  1. Alhamdulillah, sekejab lagai ramadhan jom kita semangat dalam menyambutnya gaya modern

    BalasPadam
  2. perkongsian yang bagus YB. memang kurma banyak manfaatnya.

    BalasPadam
  3. Hai :D Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html

    BalasPadam
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...