FOLLOWER

23 Februari 2016

CARILAH AKU DAN TOLONGLAH AKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



CARILAH AKU DAN TOLONGLAH AKU 

Artikel untuk entri ini YB ambil dari Grup Whatsapp.  Agak panjang juga jalan ceritanya tetapi ada sedikit manfaat yang boleh dijadikan pedoman untuk kita.

Kisah bermula...

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata, 
"jika hang tidak nampak aku di syurga, bertanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."
Gambar hiasan

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," In shaa Allah, in shaa Allah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, 
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah". (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat-sahabatku, 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat yang senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama. 

Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yang sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dengan teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah..


Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :
"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga.

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam

******

Terima kasih atas kesudian membaca entri CARILAH AKU DAN TOLONGLAH AKU

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN


Alhamdulillah masih berbeluang meneruskan entri giveaway di blog yang disayangi ini.  Kali ini YB join REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN.  Giveaway yang menawarkan hadiah yang menarik dan hebat.  Semoga penyertaan YB dan giveaway dapat menambah nilai kepada blog ini. 

YB menyertai giveaway ini selain daripada untuk memenangi hadiah yang ditawarkan adalah untuk menambah bilangan trafik dari peserta giveaway dan juga paling kurang dapat menambah bilangan follower, itupun kalau masih ada yang sudi jadi pengikut blog YB.  Selain dari itu apa lagi harapan untuk giveaway ini?  Nantilah YB tulis untuk giveaway yang lain pula :P

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN
REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Bagaimana nak join giveaway ini?  Paling penting klik banner di atas untuk mendapatkan maklumat penuh dari penganjur giveaway.




Gambar di atas turut memainkan peranan dalam penentuan pemenang, yang mana 4 orang pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh penganjur.

Nak tahu hadiahnya, terus saja klik banner di atas dengan pantas sekali kerana giveaway ini dijangka tamat pada 5 Mac 2016.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.

Sekian.

Terima kasih sudi baca REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN


First Mini GiveAway MasitaEyta Mencari Followers Yang ke 150 & 10 New Bloglist

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


First Mini GiveAway MasitaEyta Mencari Followers Yang ke 150 & 10 New Bloglist


Antara tajuk giveaway yang terpanjang pernah YB jumpa.  Seperti biasalah bila dah tergerak hati untuk join giveaway pastinya kerana ada sesuatu dengan giveaway itu.  Tidak dinafikan tujuan menyertai giveaway ini adalah untuk memperolehi sesuatu sama ada untuk menjadi followers yang ke-150 atau terpilih dalam 10 bloglist baru dalam blog MasitaEyta.  Tetapi untuk menjadi followers ke-150 itu agak mustahil kerana YB pun tak ingat YB dah jadi followers yang ke berapa.

Sekarang kita tunggu dan lihat adakah YB akan termasuk dalam senarai 10 bloglist baru yang dicari oleh MasitaEyta.


First Mini GiveAway MasitaEyta
First Mini GiveAway MasitaEyta


YB harap sangat-sangatlah segmen ini tidak dibatalkan walaupun jumlah penyertaan kurang dari 20.  Penat tau buat entri ni.   Paling tidak buatlah senarai peserta dan penghargaan kepada setiap peserta.  

Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan oleh penganjur: 


  1. To-up   RM 10x 2 ( Digi, Maxis & Celcom )
  2. 10 Blog List  ( April-June 2016)

Untuk mendapatkan syarat-syarat penyertaan sila klik banner di atas.

Segmen ini berlansung mulai 18 Februari 2016 dan tamat pada 31 Mac  2016.   Masih ada masa yang panjang lagi.

Jom rakan blogger sekelian kita berikan sokongan kepada blogger baru.

Sekian.

Terima kasih kerana membaca First Mini GiveAway MasitaEyta Mencari Followers Yang ke 150 & 10 New Bloglist

Lisan orang berakal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lisan orang berakal


Kita semua ada akal.  Ada yang pendek akal dikatakan tidak pandai berfikir.  Ada yang panjang akal dikatakan banyak sangat pandangan dan cadangan tetapi kurang bertindak.

Bagaimana pula bila orang yang dikatakan berakal ini berbicara?

Lisan
Lisan

Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.  (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga kita sentiasa menggunakan akal yang bijak sebelum berkata-kata.


Terima kasih baca entri Lisan orang berakal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...