FOLLOWER

26 Februari 2016

Rambut anak lelaki sudah panjang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rambut anak lelaki sudah panjang


Sudah agak lama juga YB tidak bercerita mengenai anak-anak.  Bukan kerana tiada cerita mengenai mereka tetapi tidak tahu apa yang nak diceritakan.  Tidak pasti juga dengan apa yang hendak dituliskan.  Seperti tajuk untuk entri ini.  

Di mana letaknya SEO pada tajuk atau pada entri tidak tahulah.  Sekarang tiada pula cerita sensasi berkaitan dengan rambut atau anak lelaki.  Kalau cerita mengenai drama "Tundukkan Playboy Itu" adalah.  Belum tengok lagi pun drama tu, dah berapa episod pun tak tahu. :P

Entahkah sesuai atau tidak dengan selera YB... Anak-anak memanglah tidak layan lansung drama Melayu, yang dilayan hanyalah cerita kartun Upin Ipin, Hagemaru, Robocar Poli atau Ultraman. Semua cerita berkaitan dengan minat anak lelaki saja.  Cerita yang mak minat pula... ikut sajalah citarasa anak-anak.  Lama-lama mak pun dah ikut macam watak mak dalam kartun... hehehe

Okeylah panjang sangat intronya, tiada kaitan lansung dengan rambut anak lelaki YB yang sudah panjang.


Ni ha... anak lelaki yang dimaksudkan.  Kiranya anak bongsu lah nie :P.  Rambutnya dah panjang hampir menutup telinga dan dah sampai ke leher.


Alahai Anak bila diminta bergambar untuk kenang-kenangan begini pula lagaknya.  Abid memang suka pergi ke kedai gunting rambut.  Bila saja ayahnya cakap nak gunting rambut... oooih melompat-lompat teruja sangat.  Tetapi bukan sekarang, tunggu hujung minggu yer.  Sekarang ni memang tak sempat, umi dan ayah balik kerja pun dah petang sangat.  


Dah nak bergambar dengan teddy pula.  

Dah masuk dalam perancangan dan cadangannya hujung minggu ni bolehlah gunting rambut Abid dan Alif.  Anak lelaki tak elok rambut panjang.  Terutama anak lelaki yang sudah bersekolah.  Kalau anak perempuan senang jer umi guntingkan.  Selamat bajet. 

Dalam cerita ni tiada pula gambar anak lelaki yang sudah sekolah tu.  Memang susah nak bergambar sekarang ni.  Merajuk kot sebab umi tak nak tangkap gambar lukisan dia.  :D

Layan kerenah anak-anak memang macam-macam.  

Okeylah  nak beransur dulu.  Kalau sempat kita cerita pula mengenai pengalaman di kedai gunting rambut.  Itupun kalau YB rajin nak post entri.


Terima kasih sudi membaca entri Rambut anak lelaki sudah panjang

Trafik blog 12 jam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Trafik blog 12 jam 


Jarang sangat berlaku blog YangBaik mendapat trafik yang hebat sebegini.  Sesuatu yang amat membanggakan kerana dalam kesibukan dan kekurangan tulisan di blog tetapi masih mendapat trafik yang akan tinggi.  Dalam tempoh 12 jam pada hari ini 26 Februari 2016, blog YangBaik telah mendapat trafik unik melebihi 300 unit.  Memang jarang-jarang sangat berlaku.


Trafik 12 jam

Rekod ini diperolehi dari statistik yang dihasilkan oleh Nuffnang.  Tidak jauh bezanya dengan trafik yang diperolehi dari Blogger.

Terima kasih kepada yang berkunjung.  Sama ada meninggalkan pesanan atau tidak.  Kehadiran anda semua ke blog ini amatlah dialu-alukan.  Mungkin loading blog agak perlahan, YangBaik dari semasa ke semasa berusaha untuk meningkatkan tahap kelajuan loading blog.

Sekian.  


Terima kasih sudi baca entri Trafik blog 12 jam.

Mengapa sifat malas mesti dijauhi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Mengapa sifat malas mesti dijauhi


Malas!  Janganlah begitu.  Tahu, senang jer nak tulis tapi nak amalkan malas. Kan?  Okeylah kita saling ingat-mengingati.  Kerana kita mudah lupa.  Hari ini saya ingatkan diri saya agar tidak malas lagi.  Kerana banyak kesan buruk yang boleh timbul daripada malas.

Jom kita layan pula apa pesanan berikut:

Jauhi sifat malas
Jauhi sifat malas

Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, karena sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu (Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

Malas lah nak layan kerenah birokasi dan gosip-gosip yang tidak berfaedah.  Banyak lagi kerja lain yang berfaedah.


Terima kasih kerana baca entri  Mengapa sifat malas mesti dijauhi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...