FOLLOWER

1 Mac 2016

Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul) 



UiTM Cawangan Perak akan menganjurkan Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul) pada 3 hingga 6 Mac 2016 di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. 


 Karnival BEST diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sosial di antara warga Universiti  Teknologi MARA Cawangan Perak. Di samping itu, selaras dengan fungsi dan peranan Unit Kerjaya dan Kaunseling, ianya diharapkan dapat menyumbang perkhidmatan kepada warga kampus dan masyarakat dengan lebih lebih meluas. 


Karnival BEST 2016


Pelbagai aktiviti yang sangat menarik menanti kunjungan anda!!!! 


Tentatif Karnival BEST 2016
Sila rujuk tentatif program untuk rujukan pengisian program. Temui Siti Nordiana (Juara Gegar Vaganza) dan selebriti-selebriti tanahair lain yang akan mengisi slot-slot yang sangat menarik menerusi Karnival BEST ini.



Pertandingan Dikir Barat



Forum Perdana



Inspirasi Hawa bersama Siti Nordiana


Motivasi Santai bersama Dato' Fazley Yaakob




Kenapa anda perlu hadir?  

Sebab ia Karnival ini MEMANG BEST. 
Nak kata BEST GILER... kena datang jugak baru tahu


Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karnival BEST 2016 di UiTM Cawangan Perak, sila hubungi Urusetia di talian seperti berikut:  
NISA (Kaunselor Pelatih) 011-15799089
LIYA  (Kaunselor Pelatih) 013-6938913
 


Maklumat mengenai karnival ini juga boleh diperolehi dari lama facebook Karnival BEST

Bagi tahulah korang dapat tahu maklumat ni dari blog YangBaik.  Sebenarnya mereka pun tidak tahu YB dah buat promosi untuk karnival ni.  

Datanglah lah yer. Jadual karnival dah pun YB paparkan di atas tu. Nak jumpa YB mungkin tidak dapat kot sebab YB ada program lain pula di luar.  Aduhh sedihnya... 

Sesiapa yang dah datang nanti updatelah pengalaman korang kat ruang komen di sini.  Boleh kita kongsikan pengalaman korang yang hadir ke karnival BEST nie.

Sekian.


Terima kasih kerana membaca entri Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul)

Segmen Teka Teki Benda Uk2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Teka Teki Benda Uk2


Macam-macam ragam rakam blogger kita ni yer.  Ada yang rajin anjurkan segmen bloglist, giveaway dan yang terkini segmen teka teki pula.  Agak jarang YB jumpa segmen teka teki.  Mungkin ada tetapi tidak sampai ke pengetahuan YB.  Tak apalah itu semua bukan isu utama.

YB dah join segmen ini dengan harapan dapatlah masuk ke dalam bloglist UK.  Itupun kalau jawapan betul.  Kita usahalah lah yer.

Berikut adalah syarat-syarat yang penyertaan segmen...

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-teka-teki-benda-uk2.html

 Teka Apa Yang Ada Dalam Hadiah Tersebut.?
"Dia Becakap Tapi Tak Ada Mulut,
Tak Ada Tangan Tapi Pandai Main Musik
Pandai Menyanyi Menghiburkan Hati,
Issue Semasa Selalu Di Nanti,
Dalam Kenderaan Dan Dalam Rumah Pasti Ada,
Becakap Tak Henti-henti Hanya Dengan Jari Dia Berhenti."

1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Teka Teki Benda Uk2"
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.

Blogger yang Menjawab dengan Betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.

Tarikh Tutup 7-3-2016.

Jawapan Saya :  Rahsia (ada di ruang komen UK)


Terima kasih kerana membaca entri Segmen Teka Teki Benda Uk2

Bags Giveaway By Penselduabee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bags Giveaway By Penselduabee


Pernah guna tak pensil 2B.  Dulu-dulu masa zaman sekolah, pensel 2B selalunya digunakan ketika peperiksaan.  Sebab hanya kesan tanda dari pensel 2B sahaja yang mesin boleh baca.  Katanyalah... Tetapi sekarang jangan terkejut pensel 2B dah ada blog weiii.  Jangan tak percaya ini ha, Penselduabee buat giveaway siap dapat hadiah beg lagi.  Best tak?  Best kan.

Jadi YangBaik dengan ini menyertai Bags Giveaway By Penselduabee dengan hasrat dapatlah memenangi salah satu daripada bagi seperti yang dipaparkan dalam banner di bawah ni.  YangBaik juga suka kumpul beg. 

Nak tahu jenis-jenis bag... jom kita tengok.


Bags Giveaway By Penselduabee
Bags Giveaway By Penselduabee

Perkara pertama yang mesti dilakukan adalah klik banner di atas.  Bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai giveaway ini.  Antaranya senarai hadiah serta syarat-syarat penyertaan.

Giveaway ini dijangka tamat pada 30 Mac 2016 atau lebih awal lagi sekiranya melepasti sasaran penganjur.

Jom kita pakat ramai-ramai berikan sokongan kepada penselduabee.  Jangan sampai giveaway ini terbatal pulak... penat wei buat entri ni.  

Selamat maju jaya kepada semua.


Terima kasih kerana membaca dan komen entri Bags Giveaway By Penselduabee


Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana


Agak lewat juga YB keluarkan entri ini.  Sememangnya YB sudah menyimpan hasrat untuk mengeluarkan entri penghargaan ini kepada rakan blogger Mialiana ketika entri berkenaan dikeluarkan.  Namun sekarang baru berkesempatan.  Alhamdulillah, tidak disangka-sangka blog YangBaik termasuk dalam Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana.  Blog Mialiana.com merupakan antara blog yang menjadi kesukaan YB.  Ada masanya bila singgah tu YB tinggalkan komen dan ada masanya tak sempat tinggalkan komen kerana mungkin juga pada masa tu tiada idea nak komen apa.  Tetapi bila ada kelapangan YB akan jejaki semula dan tinggalkan komen.

Carta Pengkomen Tegar 2015

Seramai 20 blog telah tersenarai dalam carta pengkomen tegar 2015 di blog Mialiana.com.    Menariknya blog Yangbaik termasuk dalam senarai ke-20.  Kira dah hujung-hujung sangat tu.  Kiranya YB ni rakan blogger yang ke-20 paling rajin komen pada tahun 2015.  

Inilah capture yang diambil dari blog Mialina dalam entrinya bertajuk Carta Pengkomen Tegar 2015.  YB gunakan aplikasi Snipping Tool yang terdapat pada komputer.  Header blog pada tahun lepas dan awal tahun sebelum ditukar kepada header sekarang.

Terima kasih Mialiana dan terima kepada semua yang telah menyokong blog YangBaik.

Sekian.

Terima kasih juga kerana membaca entri Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...