FOLLOWER

12 April 2016

Direktori Top Mommy Bloggers by Shehanzstudio.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Direktori Top Mommy Bloggers BY Shehanzstudio.com


Suka dan teruja sangat bila termasuk dalam senarai Top Mommy Bloggers.

Pada awal bulan Mac 2016, rakan blogger yang merupakan pemilik shehanzstudio.com telah menganjurkan segmen Top Mommy Bloggers.  Tujuan segmen berkenaan dianjurkan adalah untuk mengumpul ibu-ibu dari kalangan blogger dan diwujudkan satu direktori khusus.  Semoga dengan adanya direktori sebegini dapat dijadikan tempat rujukan untuk ibu-ibu berkongsi idea dan cadangan bagi pembangunan keluarga termasuk inovasi dan pendidikan anak-anak.

Ahli Top Mommy Bloggers by Shehanzstudio.com
Ahli Top Mommy Bloggers by Shehanzstudio.com


Kini, Shehanzstudio telah mengeluarkan senarai blogger yang menyertai segmen berkenaan dan secara tidak langsung semua peserta telah dimasukkan dalam senarai Top Mommy Bloggers.

Keahlian akan bertambah dari semasa.  Penganjur juga masih membuat peluang kepada semua semua ibu-ibu atau mommy blogger untuk menyertai direktori berkenaan.

Masih boleh join lagi. Kepada yang berminat dan hendak mengetahui lebih lanjut mengenai direktori ini, boleh klik SINI.


Terima kasih atas perhatian dan minat ke atas entri Direktori Top Mommy Bloggers by Shehanzstudio.com


Jangan biarkan orang lain tentukan cara kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan biarkan orang lain tentukan cara kita


YB kembali semula, setelah berhari-hari tidak update blog.  Masih lagi ada beberapa perkara berkenaan blog yang belum diselesaikan.  Tersimpan rapi dalam kotak draf.  Entah bila dapat merealisasikan entri berkenaan.

Tidak mahulah kerana sebab remeh-temeh itu menyekat perkembangan blog YB yang sudah memang tersekat-sekat perkembangannya.  :P

Blogger Area

Untuk entri kali ini YB ingin kongsikan petikan ini yang diambil dari group Telegram #TBA (Team Blogger Area).

Kita sering membiarkan sikap buruk orang lain menentukan cara kita bertindak. Sebenarnya pemenang dalam kehidupan adalah orang yang sejuk bila berada di tempat panas, yang manis bila berada di tempat pahit, yang tenang bila badai melanda dan yang tetap berasa kecil sekalipun telah menjadi besar. (Tuan Zuan, 2016)

Boleh dijadikan motivasi untuk kembali aktif dalam blog dan juga semangat dalam kerja.



Mini Segmen by Syaidah Seha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Segmen by Syaidah Seha


Setelah agak lama juga tidak join segmen (walaupun baru seminggu :P ), terasa rindu pula.  Join segmen selain daripada dapat link dari penganjur dapat juga mengenali rakan blogger yang join.  YB bukanlah rajin sangat nak blogwalking ke link peserta tetapi ikut mood.  Bila rajin melanda YB akan blogwalking ke semua link yang ada.  Tengok pada masa juga.

Aduh... kali ini YB join Mini Segmen dianjurkan oleh Syaidah Seha.

Mini Segmen by Syaidah Seha
Mini Segmen by Syaidah Seha

Syarat penyertaan untuk mini segmen ini mudah sangat.  Antaranya:

  1. Buat entry bertajuk Mini Segmen by Syaidah Seha
  2. Follow blog Syaidah Seha.

Hadiah :

  • Topup RM10 (2 pemenang)
  • Bloglist (5 blog)
  • Blog Review (5 blog)

Menarik kan segmen ni?  Syarat penyertaan yang mudah dan ada hadiah lagi.

Macam mana nak join?  Klik banner yang ada bunga tulips kat atas tu.  Mudah saja.

Selamat bersegmen kepada semua.


Terima kasih atas sokongan anda.  Jom sertai YB ke Mini Segmen by Syaidah Seha.


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Dalam tak sedar rupanya Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 dah hampir ke penghujungnya. Mujur juga YB sempat join.  Tinggal berapa hari saja lagi untuk giveaway ini melabuhkan tirainya. Inilah akibatnya simpan dalam draf tak letak tajuk lepas tu tak teliti pula apa isi kandungan dalam draf.  Hehehe.

Jomlah kita tengok ada apa dengan Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500.


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 



Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...