FOLLOWER

20 April 2016

Taklimat Bernama Library & Infolink Service (BLIS)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Taklimat Bernama Library & Infolink Service (BLIS)


Alhamdulillah berpeluang mengikut Taklimat BLIS dengan jayanya.  Jarang sangat YB dapat ikuti taklimat pada waktu kerja terutama taklimat atau program yang tiada kaitan secara langsung dengan tugas hakiki.  Bukan hendak menidakkan peluang dan masa yang ada tetapi selalunya keutamaan lebih kepada kerja hakiki yang perlu disiapkan segera.  Hanya pada kali ini dikeraskan hati, tinggalkan sekejap meja kerja yang tercinta untuk mengikuti Taklimat BLIS.

Taklimat ini telah diadakan pada 18 April 2016, jam 2.30 petang di Bilik IT 1, PTAR UiTM Cawangan Perak.  Pada mulanya ingatkan tak boleh sampai awal sebab ada kerja.  Tetapi disebabkan kerja dapat siap awal maka bolehlah akak masuk awal, ambil tempat depan sekali... best.

Kiranya entri ini entri baling belakang sebab dah terlewat update.  Mana tidaknya baru hari ni sempat update.  Dari 18hb lagi dah simpan dalam kotak draf.  


Nota berkaitan manual pencarian dan cara penggunaan sistem BLIS.


Antara peserta yang hadir, bukanlah 4 orang jer ramai lagi sebenarnya hanya Pustakawan 2 orang ni jer yang sempat akak snap gambar dorang.  Seperti biasalah akak YB kan pemalu.  Nak merayau tangkap gambar ramai-ramai tu segan pula.  Gambar beramai-ramai dengan penceramah dan bos Perpustakaan tiada dalam hp akak.  Gambar-gambar lain sekitar sesi taklimat ada pada kamera penganjur.  Nak minta pun segan jugak :P.


Antara hadiah yang diterima semasa sesi soal jawab sepanjang taklimat berlangsung.  Post-it-note yang comel, pen dan botol air minuman (kaca).

Tahniah kepada semua rakan peserta dan penganjur.  Terima kasih juga kepada team BERNAMA yang tabah menangani kerenah kami pelajar matang yang penuh dengan keceriaan.

Entri ini hanyalah untuk bercerita mengenai pengalaman seorang blogger yang berjaya mengharungi timbunan tugas bagi mengikuti Taklimat Bernama Library & Infolink Service (BLIS).  


Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016


Alhamdulillah.  Rezeki berblogging lagi.  Rajin-rajin turut serta dalam segmen dan contest atau giveaway.  Kemenangan merupakan satu bonus atas usaha yang telah dilakukan.  Jika tidak berjayapun kita sudah beroleh manfaat dalam penyertaan; antaranya dalam link dari penganjur dan juga kunjungan dari rakan blogger yang turut sama memeriahkan segmen.

YB telah menyertai segmen Pencarian Bloglist Blog Tengkubutang.com 2016. Segmen berkenaan telahpun tamat pada 15 April 2016. Pengumuman PEMENANG SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST TENGKUBUTANG.COM 2016 telah dilakukan oleh penganjur pada 20 April 2016. Seperti biasa berdebar jugak menunggu keputusan.  Tak tahu sama ada tuah ayam, tuah sabut atau tuah batu.... ini tuah manusia lah..

Senarai Pemenang Segmen

Kiranya, kemenangan ini adalah kemenangan berganda kerana selain daripada terpilih ke bloglist penganjur, blog YB merupakan antara 5 daripada 15 blog yang terpilih untuk menerima keychain. Sungguh--sungguh terharu dengan pemilihan ini.  

Terima kasih kepada penganjur dan semua rakan blogger atas sokongan dan doa.  

Untuk melihat senarai penuh Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016, boleh klik pada banner di atas.  




8 Pasang Koleksi Kurung Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8 Pasang Koleksi Kurung Raya




























Terima kasih atas kesudian melihat dan meninggal komentar untuk entri 8 Pasang Koleksi Kurung Raya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...