FOLLOWER

25 April 2016

Inas Insyirah dan Che Seri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inas Insyirah dan Che Seri

Dah lama YB tidak bercerita mengenai anak-anak di blog. Entah kenapa pula malam ni teringat nak post entri mengenai Inas Insyirah. Bertepatan dengan tajuk entri, Inas suatu masa dulu takut sangat dengan Che Seri. Bukan kerana rupa Che Seri yang menakutkan tetapi kerana Che Seri yang suka menyakat. Tiap kali jumpa ada saja yang nak diusik. Ada ketika sampai menjerit-jerit bawa ke tidor. Aduhhh, jenuh nak pujuk.

Itu cerita dulu, kini tidak lagi. Kalau tak silap dalam sebulan dua ni Inas dah semakin serasi dengan Che Seri. Mungkin sebab jarang dapat jumpa. Semenjak Inas tinggal di rumah pengasuh. Che Seri pula sibuk dengan urusan sekolah anak-anaknya.



Pagi tadi, sempat lagi mereka berwefie.





Inas dah semakin montel. Kena bagi diet, kurangkan makanan berlemak terutama makanan segera. Che Seri pun apa kurangnya, dia sendiri yang mengaku dah gemuk walapun nampak kurus macam lidi :-P

Sehingga di sini dulu kisah Inas Insyirah dan Che Seri. Ada peluang kita bercerita pasal isu lain pula. 

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya


Kita sering mencari kata-kata semangat untuk dijadikan pedoman dan panduan.  Sesekali apabila mendapat kata-kata nasihat dari pakar pastinya akan memberi kesan kepada kita.  Tidak banyak sedikit pun jadilah.  Kata-kata berikut adalah daripada siri Jom Audit Diri bersama Prof Dr Muhaya. Ada kemungkinan besar kita biasa membacanya di mana-mana.  Namun YB kongsikan semula sebagai ingatan kepada diri ini yang sering lupa.  Semoga dengan ingatan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat baru kepada kita semua.




"Kita mesti ingat, apabila kita menolong orang, sebenarnya bukan kita yang tolong, tetapi Allah tolong melalui kita.  Allah mengizinkan kita ada rezeki, kudrat, masa dan kesihatan untuk menolong orang dan memberi rahmat kepada kepada insan dan makhluk Allah yang lain".  (Prof Dr Muhaya)


Terima kasih dan selamat membaca.  Jom Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya.


GiveAway Mei by Ann

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






GiveAway Mei by Ann



http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html
Klik banner untuk menyertai


Senarai Sponsor:



Terima kasih atas sokongan untuk GiveAway Mei by Ann

Khaitsamah dan kantong kain berisi wang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Khaitsamah dan kantong kain berisi wang


Gambar hiasan:  Sumber


Khaitsamah biasa datang ke mesjid dengan membawa beberapa kantong kain (berisi uang) lalu duduk bersama teman-temannya. Apabila ia melihat salah seorang di antara mereka memakai baju atau jubah yang robek (atau berlubang), lalu orang itu bangkit dan keluar dari (pintu) mesjid, maka Khaitsamah segera mengejarnya dari pintu mesjid yang lain untuk menemuinya dan mengatakan, 'Ambillah kantong kain (yang berisi uang) ini dan gunakanlah untuk membeli jubah atau baju!'
(al-A'masy)


Terima kasih atas kesudian singgah baca dan tinggal komentar untuk entri Khaitsamah dan kantong kain berisi wang.





Segmen Tonton Uk20 Free Gift

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Tonton Uk20 Free Gift


Uk20 adalah Animasi pendek yang bercorak komedi untuk hiburan semata-mata.Uk20 kali ini mempersembahkan 'free gift".Sinopsis :Ucing telah di beri Free Gift berupa iphone dari Orang yang tidak di kenali,adakah betul itu iphone .? dan apakah balasan Free Gift Ucing kepada Orang tersebut.? Anda akan menonton Animasi Free Gift setelah tamat Segmen ini.


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/04/segmen-tonton-uk20-free-gift.html


Dengan itu Saya minta Anda Support untuk Animasi ini.Syarat-syarat adalah mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post "Segmen Tonton Uk20 Free Gift"
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.Tag Rakan Anda.
4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini.
5) Tamat Segmen 29-4-2016.

Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Uk20 Free Gift Sebagai Supporters.


Jom sokong Ucing Kadayan melalui Segmen Tonton Uk20 Free Gift.  Untung-untung dapat masuk dalam video :P


Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 




Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...