FOLLOWER

26 April 2016

Fesyen Songket Starina Amor bersama Dokoh

Fesyen Songket Starina Amor bersama Dokoh



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Songket Starina Amor - Dokoh Series merupakan koleksi SSA dengan padanan elemen Dokoh yang 'Trendy' dan kain songket bercorak 'Moden abstrak'.  Padanan yang menarik dan menawan untuk pakaian tradisional seperti baju kurung.

Fesyen songket kali ini memaparkan baju dari Fabric Valentino Soluna Gred A, iaitu fabrik dengan kesan 'Terjatuh' yang elegan atau flowy.

Terdapat 5 pilihan warna menarik yang menjadi pilihan ramai seperti berikut:



SSA - 991 Green




SSA - 992 Yellow




SSA-993 Royal Blue




SSA-994 Purple




SSA-995 Merah hati

** GAMBAR / COLOR BAJU DI PATUNG ADALAH 90% WARNA SEBENAR


Setiap pasang baju didatangkan dengan pelbagai saiz, dari saiz SS, S, M, L dan XL.  Pastinya setiap orang mempunyai saiznya yang tersendiri.


Edisi TERHAD


Keluaran busana ini adalah terhad.  Busana ini merupai potongan Kurung Pahang dan dipadankan dengan kain susun tepi serta dokoh (ironed) yang dilekatkan pada baju polos untuk lebih menyerlahkan keayuan dan keanggunan si pemakai.

Manakala kain bawah dari material CottonSilk 'Printed Songket' berkualiti Tinggi dengan corak Moden Abstrak.  Satu padanan yang amat sesuai untuk Kurung Pahang dan digayakan pada bila-bila masa terutama pada hari yang indah penuh sejarah.

Set baju kurung ini dijahit sempurna dengan jaminan kualiti demi kepuasan si pemakai.

Anggaran harga promosi antara RM170.00 hingga RM175.00 sepasang.  Kos penghantaran adalah percuma.

Seandainya berminat dengan Harga Promosi yang ditawarkan, sila tinggalkan maklumat anda ke email:  yangbaik3@gmail.com atau Whatsapp ke 019-4481927.  

Semestinya anda tidak ketinggalan untuk menjadi antara orang yang terawal memiliki koleksi Kurung Pahang bersama Dokoh yang eksklusif ini.


Sumber trafik hari ini

Sumber trafik hari ini


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dah banyak kali dan banyak kali juga nak buat entri macam ni.  Kalau ikutkan hati nak buat hari-hari. Kalau YB buat hari-hari entri macam ni korang rasa cuak tak.  Kalau tak pun ada rasa loya nak pitam ke nak bilik belakang tak?  Kalau ada tanda-tanda macam tu cepat-cepatlah ke klinik yer.  Sekarang ni banyak penyakit yang tak diduga menjadi viral.

Ini blog YB so, sedikit perkongsian mengenai rakan-rakan blogger yang singgah dan memberi trafik kepada blog YB.  Jadi, entri ini kiranya macam penghargaanlah juga kepada mereka.


Sumber trafik hari ini

Agak-agak korang nak akak promosikan link blog korang kat sini, rajin-rajinlah singgah yer.  Tetapi akak YB tak berani nak jamin lah nak boleh buat entri macam ni setiap hari.  Siapa yang kena tu kira rezeki masing-masing lah yer.

Sekianlah sepintas lalu yang sempat dicoretkan mengenai Sumber trafik hari ini.  Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen.


Jadi teman ada nilai tambah kebaikan

Jadi teman ada nilai tambah kebaikan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Seringkali juga YB keluarkan entri berkaitan teman, sahabat atau rakan.  Begitulah dalam kehidupan kita di dunia ini, kita tidak keseorangan.  Kita memerlukan sahabat, temat atau rakan.   Sekali lagi dikongsikan mutiara kata berkaitan betapa menjadi rakan, teman dan sahabat yang baik itu amat penting dalam kehidupan kita.  Andai kata kita tidak mampu menjadi teman yang baik jangan pula kita merosakkan teman kita dengan 'kejahatan' yang ada pada kita.


Gambar hiasan:  Koleksi peribadi

Setiap saudara, teman dan sahabat yang tidak bisa memberikan nilai tambah kebaikan dalam urusan agamamu, maka putuskanlah persahabatan Anda dengannya.  (Malik bin Dinar)

Terima kasih kerana sudi baca entri Jadi teman ada nilai tambah kebaikan.

Kadar pengetahuan terhad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kadar pengetahuan terhad


Pengetahuan kita terhad.  Tidak semua perkara dalam pengetahuan kita.  Jika banyak perkara yang kita tahu pun tidak semua.  Masih banyak yang kita tidak tahu.  Nak bagi contoh pun tak pandai sebabnya YB tidak tahu apa yang pembaca tahu dan tidak tahu.  Tetapi entri ini sekadar untuk mengingati diri sendiri bahawa kita bukanlah cukup sempurna untuk mengetahui banyak perkara. Lagi banyak kita tahu ... lagi banyak lagi yang kita tidak tahu.

Banyak sangat bermadah pujangga menyesakkan nafas pula.  Marilah kita baca apa yang dikatakan oleh ahli hikmah kali ini:



Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah, maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara) apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya, manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?  
(Syaqiq bin Ibrahim)



Terima kasih sudi singgah baca entri Kadar pengetahuan terhad.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...