FOLLOWER

27 April 2016

Sumber Trafik Hari ini #3

Sumber Trafik Hari ini #3



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti yang ditulis dalam blog semalam, walaupun tidak dijanjikan berikut adalah entri mengenai sumber trafik ke blog YB untuk hari ini.  Agak lewat jugak update sumber trafik sebabnya nak tunggu kalau ada sumber trafik baru yang singgah.  Dan ... memang ada.

Berikut adalah sumber trafik berkenaan.

Sumber Trafik hari ini #3

Sumber trafik dari rakan blogger:

  1. kakciknurseroja.blogspot.my
  2. denaihati.com
  3. jmbelog.blogspot.my
  4. kakitravelkhairuddin.blogspot.my

Terima kasih semua atas trafik yang diberikan.


Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser

Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kali ini Yb join GA dengan ayat sendiri pula.  Aduhai, tetiba kehilangan ayat pula.  Tadi bukan main lagi berkobar-kobar nak mengarang.  Inilah selalu sangat salin dan tampal... kan dah jadi malas nak menulis.  Bukan nak menyalahkan sesiapa tetapi inilah hakikatnya kita bila sudah mudah nak mudah lagi... sehingga nak perah idea menulis pun semakin malas.  Apa tidaknya kebanyakan GA yang lepas penganjur menyediakan kod html, salin dan tampal saja pada entri blog dan pamerkan.  Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser tidak pula meminta buat karangan panjang lebar, mudah saja tetapi sajalah nak memanjangkan cerita kenalah reka apa-apa cerita, tetapi dah jadi semakin merapu pulak... alahai.

Giveawa ini menyediakan lebih daripada 10 hadiah.  Untunglah siapa yang dapat hadiah tu kelak.

Jom kita tengok apa cerita seterusnya.

Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser
Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser

Jom kita tengok lagi apa yang Syamimi sediakan untuk giveaway istimewa ini. Klik banner di atas untuk dapatkan maklumat lanjut.

Para Sponser Yang Terlibat dalam Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser:
Farhana Hana, Zulaikha Saad, Eintan Nurfuzie, Cxopportunities, Syf.Dean, Hanis Masturina, Asha lya, Tengkubutang, Kathy R'bain, Rafie YS

Terima kasih atas sokongan semua.


Buku Baru Keluaran BookCafe.Com

Buku Baru Keluaran BookCafe.Com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Buku Baru Keluaran BookCafe.Com



Buku Baru Keluaran BookCafe.Com



Buku Baru Keluaran BookCafe.Com


Terima kasih kerana meluangkan masa menatap entri Buku Baru Keluaran BookCafe.Com

Berdusta secara sengaja

Berdusta secara sengaja



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tanpa kita sedari ada ketika kita berdusta.  Hanya kerana kita berbicara mengenai isu agama yang mana kita tidak tahu atau tidak faham.  Tidak salah untuk kita sebarkan kebaikan tetapi cukuplah sekadarnya tanpa tambahan kupasan yang lebih dalam sekiranya kita mahir atau fasih mengenai sesuatu isu.

Gambar hiasan:  Aku bukan yang terbaik

Barangsiapa berbicara tentang perkara agama tanpa didasari ilmu maka sesungguhnya ia telah berdusta walaupun ia tidak berniat untuk berdusta secara sengaja dengan ucapannya tersebut.  (Ibnu Taimiyah)

Berbuat baik biar berpada buat jahat jangan sekali.

Sebaiknya elakkan daripada berdusta secara sengaja kerana kita tidak tahu sekiranya ada lagi bicara yang telah kita ungkapkan secara tidak sengaja tetapi didalamnya ada bibit-bibit dusta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...