FOLLOWER

30 Mei 2016

CPUV Beratur di Blog YangBaik

CPUV Beratur di Blog YangBaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV Beratur di Blog YangBaik walaupun blog jarang update.  Inilah dinamakan rezeki online. Agak lama juga YB tidak update status CPUV Nuffnang di blog ini.  Macam malas jer nak update, tetapi harus juga update sebagai penghargaan kepada Nuffnang dan rakan pintarnya dalam kesudian beriklan di blog YangBaik.  Ketandusan idea pun ada juga, mana tidaknya iklan CPUV selalu juga melekat di blog YB tetapi hasilnya sedikit sangat.  Boleh dikatakan setiap minggu ada saja iklan CPUV yang melekat, ada yang beriklan untuk tempoh yang lama dan ada juga beriklan sekejap saja. Itu semua bergantung kepada tempoh yang telah ditentukan oleh mereka (Nuffnang dan syarikat).


Nak update pun segan.  Sekarang!!! sudah terang lagi bersuluh, YB sendiri yang mengaku ... hehehe


CPUV pada 30 Mei 2016


Pada penghujung bulan Mei, walaupun masih tinggal sehari lagi masih ada 6 iklan CPUV yang masih aktif seperti di atas.  Agaknya untuk esok ada tak CPUV yang akan singgah lagi.  Antara iklan di atas ada yang pernah dilihat ada juga yang tak sempat tengok lagi macam mana rupa iklannya.  Seperti yang pernah diperkatakan oleh otai-otai blogger dalam Nuffnang, kebanyakan iklan menari pada lewat malam dan pada masa-masa tertentu yang tidak ketahui.

Jumlah pendapatan bersama Nuffnang buat masa ini belum lagi mencukupi untuk dikeluarkan. Nak tunggu sampai 4 angka adalah amat mustahil.  Dapat 3 angka pun sudah memadai.... walaupun jenuh jugalah merangkak nieh.

Terima kasih kepada Nuffnang dan terima kasih juga kepada anda semua atas kesudian singgah baca entri CPUV Beratur di Blog YangBaik.




Manfaatkan Kesibukan

Manfaatkan Kesibukan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Manfaatkan kesibukan agar kesibukan itu tidak menjadikan kita lalai dari mengingati Allah. Sentiasa ingat kepada Allah walau dalam apa juga keadaan.  Manfaatkan kesibukan dengan perkara yang berfaedah dan boleh memberi kebaikan kepada kita seperti berzikir dan bertasbih kepadanya.

Sibuk sangatkah YB hingga blog pun tidak sempat nak update.  Bukan sibuk sangat pun tetapi lebih kepada mood update blog yang tidak bermaya.  Sibuk itu boleh diatasi sekiranya kita bijak agihkan masa.  Pengurusan masa dan tugas itu penting bagi memastikan kesibukan itu tidak menganggu kita dalam menjalani kehidupan harian disamping mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.


Gambar hiasan


Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata'ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.
(Al-Hasan)


Terima kasih kerana sudi baca entri ini, Manfaatkan Kesibukan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...