FOLLOWER

20 Jun 2016

Bila air jatuh di atas batu

Bila air jatuh di atas batu



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bila air jatuh di atas batu, lama kelamaan batu itu akan berlubang juga walaupun batu yang keras. Itulah falsafah yang diterima sejak dari kecil dahulu.  Bila kita tidak mahu laksanakan sesuatu kerja walaupun telah diarahkan berkali-kali.  Sudahnya kita ini diumpamakan lebih keras dari batu. Begitulahlah degilnya kita.  Degilnya kita kerana kita ada hati yang lebih keras dari batu tidak mampu menilai setiap teguran dengan baik.  Walaupun  pada hakikatnya keadaan hati itu lebih lembut dari batu bahkan lebih lembut lagi, tetapi bila mana ianya dimiliki oleh manusia yang tidak mahu menerima hakikat maka ia boleh jadi lebih keras dari batu.

Sukar juga hendak mencari keterangan atau cerita yang boleh dikaitkan dengan intipati hikmah kali ini.  Mungkin juga kerana sudah ketandusan idea atau juga kerana kekurangan masa yang mencukupi untuk menyelidik dan mengarang.


Lima biji batu ini telah disusun semula dan saiznya semakin mengecil kerana proses hakisan oleh cuaca.  Gambar hiasan.


Sesungguhnya seorang ahli ilmu, apabila ia menyampaikan suatu nasehat tanpa dibarengi niat ikhlas dan mengharap pahala dari Allah, maka nasehatnya akan hilang dari hati orang yang mendengarkannya tanpa meninggalkan bekas seperti air yang jatuh di atas batu.  (al-Khatib al-Baghdadi)

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini Bila air jatuh di atas batu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...