FOLLOWER

31 Julai 2016

Perkongsian mengenai kehebatan air

Perkongsian mengenai kehebatan air


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Perkongsian mengenai kehebatan air.
HEBATNYA AIR :

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air?
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.


*Nota: catatan di atas disalin semula dari grup telegram.


Sekian, terima kasih baca entri ini Perkongsian mengenai air.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...