FOLLOWER

26 Ogos 2016

Coklat dan Pen sebagai agen momentum pembakar semangat

Coklat dan Pen sebagai agen momentum pembakar semangat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Coklat dan Pen sebagai agen momentum semangat pada hari ini.  Biarpun coklat Van Houten dan Pen besar Happy Rabbits itu sebenarnya YB beli pada pagi semalam.  Macam mana nak cerita ehh...

Masih teringat kata-kata daripada seseorang yang amat YB kagumi.  Biarlah nama dan jawatannya tersemat di sanubari YB.  Korang pun mesti ada seseorang yang menjadi idola dan kata-katanya korang jadikan sebagai agen momentum.  YB ingat, beliau pernah berkata; sebagai pekerja kita tidak dapat elak daripada dimarahi oleh Bos atau rakan sejawat.  Marah oleh rakan sejawat itu mungkin kita boleh terima kerana kita akan anggap itu sebagai satu gurauan.  Tetapi itu semua tidak meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada kita.  Pesan beliau lagi sekiranya kita ditegur lantas menyebabkan emosi kita terganggu, maka carilah sesuatu penawar untuk mengubati kesakitan itu.

Penawar yang dicari itu tidak perlu besar, mahal atau susah.  Cukup sekadar kita pergi 'window shopping' lepas waktu pejabat.  Atau ketika waktu pejabat boleh saja kita larikan diri seketika ke bilik solat, buatlah solat sunat dua rakaat.  Jika masa tidak sesuai, istighfarlah.... mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kerja kita.


Coklat dan Pen
Coklat Van Houten dan Pen Happy Rabbits dengan 7 warna :P

Dan, apa pula kaitannya gambar di atas dengan kena marah?

Begini.  Pen dan coklat itu dibeli semalam, sebagai menghargai diri sendiri atas usaha yang telah dilakukan sepanjang sebulan perkhidmatan.  Masih tak nampak?  Memang tak kan nampak.  Sebab hari ini baru nak upload dan nak bercerita pasal entiti dalam gambar tu.  Lagi pula memang tiada kaitan pun dengan teguran pada hari ini dengan entiti yang dibeli semalam.  Untuk teguran hari ini mungkin YB akan dapatkan sesuatu yang menarik lagi sebagai pengubat hati.

Okey... memang entri ini lari lintang pukang.  Tajuk lain, intro lain, gambar lain dan penutupnya juga lain.  Tetapi YB harap korang yang baca ni, dapatlah apa mesej yang YB hendak sampaikan.  Kalau tak dapat... Tak dapatlah YB nak tolong. 


Mini Giveaway Lucky Nine

Mini Giveaway Lucky Nine


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway Lucky Nine dianjurkan oleh rakan blogger yang telah lama juga YB kenali tetapi tidak ingat pula.  Tetapi untuk Mini Giveaway ini, YB tahu melalui rakan blogger Syira Lokman. :D Dan, entri ini merupakan entri penyertaan YB bagi giveaway yang dianjurkan oleh Mya Farisha. Orang Perak rupanya Mya nie.  Nak tahu lebih lanjut mengenai giveaway atau mengenai Mya Farisha?  Hihihi.... 

.
.
.
.

Okey terus saja selusuri entri untuk giveaway:


Mini Giveaway Lucky Nine

Klik banner untuk join :D



Senarai hadiah yang ditawarkan:


Top Referral :
Wang Tunai RM50

Random :
1. Custom made pouch x 2 pemenang [byAyong]
2. Custom made mini cute pillow x 1 pemenang [byAyong]
3. Sabun Collagen Nurraysa x 1 pemenang [DNIA House]
4. Topup RM5 x 2 pemenang [DNIA House]
5. Blog Review + Bloglist x 2 pemenang [Mya Farisha]

Penyertaan berakhir 2 September 2016
Selamat berjaya :)


Terima kasih baca entri ini, Mini Giveaway Lucky Nine

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com, telahpun dilancarkan pada 25 Ogos 2016.  Kebetulan Yb blogwalking ke blog rakan-rakan blogger terjumpa segmen ini.  Sebenarnya sudah lama YB follow AkuPenghibur.com, tetapi jarang-jarang singgah.  Kiranya kali ini untung sabutlah, sebabnya YB timbul di blog AkuPenghibur ketika segmen baru saja dilancarkan.  Masih belum terlewat lagi. Kepada rakan blogger semua, korang kena join segmen ini.  Sebab?  Banyak sebabnya, antaranya blog AkuPenghibur.com telah mendapat anugerah Winner Best Lifestyle Blog MSMW 2014/2015. Bukan senang tau boleh terpilih masuk ke MSMW.

Baiklah, untuk lain-lain sebab korang kena jelajah sendiri kat blog hebat ini.  Bacalah entri segmen ini seterusnya.  :D





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun

1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016



Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com


2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu


3. Follow instagram  :

@acik21


4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu


Itu saja.  Mudah kan?  Akak YB je sesaja menulis panjang lebar kat entri permulaan tu... nak tambah perisa sikit.  Bukan apa nampak maca ringkas sangat.  :D  Korang jangan pula nak susahkan diri nak mereka ayat panjang lebar ni... ayat akak sebab nak tarik SEO, kan blog AkuPenghibur.com ni glamer sangat.  Jadi akak ambil peluang ini.  Lagipun ada masa pula nak mengarang panjang lebar nie... huhuhu


Terima kasih baca entri ini, Segmen Bloglist By Akupenghibur.com






Segmen: Blogwalking By YangBaik TAMAT

Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT pada 25 Ogos 2016 jam 12.00 malam.  Segmen ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 20 Ogos 2016.  Terima kasih tidak terhingga kepada rakan blogger yang telah turut sama memeriahkan segmen ini, walaupun dengan bilangan penyertaan yang sedikit.  Seandainya tiada penyertaan pastinya segmen ini tiada seri dan tidak berjaya.  Namun dengan bilangan penyertaan yang sedikit tetap membawa bawa makna kepada segmen ini.  Yang penting adalah komitmen rakan-rakan semua amatlah dihargai dalam menjayakan segmen ini.


Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT
Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT


Banyak pengalaman menarik yang dikongsikan oleh rakan blogger yang menyertai segmen ini. Sesungguhnya keperihatinan anda semua amat bermakna.

Berikut adalah senarai peserta Segmen:  Blogwalking By YangBaik.  Terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan korang :D

  1. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  2. http://kampung-kameq.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  3. http://masturanasarudin.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  4. http://www.kuihsemperit.my/segmen-blogwalking-yangbaik/
  5. http://at-tarmizi.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  6. https://belogs.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  7. http://jackarcherpunyabelog.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  8. http://www.mariafirdz.com/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html

Korang ambil masa untuk blogwalking dan bacalah apa harapan mereka dalam dunia blogging dan pandangan mereka untuk kemerdekaan negara kita, Malaysia.  Tanah airku yang tercinta.

Seperti yang dijanjikan pada segmen berkenaan.  Hadiah kepada 5 peserta masih dalam peringkat perolehan.  YangBaik terfikir juga untuk memberikan hadiah kepada semua peserta.  Nantikan dalam peringkat pemilihan seterusnya.


Terima kasih sudi baca entri ini Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...