FOLLOWER

30 Ogos 2016

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com dianjurkan oleh rakan blogger Yanie Yusuf.  Apa yang menarik mengenai giveaway ini adalah mengenai hadiahnya.  Tetapi, sebagai rakan blogger walaupun pada dasarnya menyertai giveaway ini kerana hadiahnya tetapi terselit juga semangat bahawa menyertai giveaway ini sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger.  Hadiah akan menjadi sebagai bonus dalam dunia blogging, apa yang penting adalah sokongan kepada rakan blogger.

YB sendiri... sudah lama sebenarnya tidak singgah di Domino Pizza.  Biarpun jarak antara rumah dan pejabat ke Domino Pizza tidaklah jauh mana.  Bila sudah terbaca entri ini tiba-tiba pula teringat nak singgah nak tengok apa yang menarik di Domino Pizza sekarang.

Okey, jom kita tengok yang telah disediakan oleh Yanie Yusuf untuk giveaway kali ini.

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com

Klik banner di atas untuk menyertai

Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entry ”Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com” berserta gambar diatas.
2. Pastikan gambar di backlink kan ke blog www.yanieyusuf.com
3. Follow Instagram: Yanieyusuf
4. Jangan lupa tinggalkan link enrty diruangan komen disini.


Tarikh akhir: dilanjutkan sehingga 10 September 2016


Domino’s Pizza

Facebook: DominosMY

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.


Terima kasih baca entri ini, Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang bukan untuk membandingkan kekurangan kita tetapi untuk menilai sejauh mana kebaikan berbanding kebaikan yang dilakukan orang lain. Jangan sampai kita salah faham atau salah anggap dengan melihat kelebihan orang lain dari segi perkara mazmuzah; perkara yang tidak baik.


Lihat kekurangan diri


Tengok sentiasa kekurangan diri dan kelebihan yang ada pada orang. Maka baru kita akan melihat kalau diri kita itu  memasuki pintu tawaduk. Orang itu dikatakan tawaduk, apabila dia melihat dirinya tidak ada nilai, melihat dirinya lebih hina dan lebih rendah daripada orang lain.  
(Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid)



Terima kasih baca entri ini, Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang 

Malam Inspirasi Perjuangan 2016

Malam Inspirasi Perjuangan 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Malam Inspirasi Perjuangan 2016 (PEJUANG) dianjurkan oleh ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) dan PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional).  Program ini dijadualkan pada 24 September 2016, jam 7.30 malam hingga 11.00 malam, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam.  

Satu program yang amat bertepatan dengan orang muda sekarang yang rata-rata antara kita tidak mengenali pejuang-pejuang bangsa yang telah memperjuangkan tanah air kita.  Inilah masanya untuk kita sama-sama hayati mesej yang ingin disampaikan dalam program yang penuh inspirasi.



Malam Inspirasi Pejuang

Malam Inspirasi Pejuang



Perjuangan mencapai kemerdekaan seterusnya membina negara Malaysia yang makmur, maju dan berdaulat adalah suatu bentuk perjuangan yang amat besar maknanya kepada rakyat dan negara. 

Sepanjang lebih 100 tahun terakhir ini, negara telah melihat dan menyaksikan perjuangan bertintakan emas oleh generasi terdahulu yang mana mereka telah memberikan seluruh jiwa dan raga mereka demi mempertahankan kedaulatan negara, membebaskan tanahair daripada penjajah seterusnya membangun dan memajukan negara.

Sumbangan tokoh-tokoh ini seharusnya dikenang dan dijadikan rujukan generasi hari ini dan akan datang.


Kenapa ANDA perlu hadir?


✔️ Supaya ANDA menghayati keperitan datuk nenek moyang dahulu untuk memastikan ANDA masih Islam
✔️ Supaya ANDA tidak mengangkat tokoh yang salah sebagai idola perjuangan
✔️ Supaya ANDA tidak menjadi mangsa percaturan barat sebagai generasi yang melupakan pejuang sebenar
✔️ Supaya ANDA mengenali dan menghayati hiburan sebenar orang Melayu Muslim


Maklumat Majlis

Tempat: Dewan 11, IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam
Harga tiket : RM 150 sahaja


Maklumat Pendaftaran

Daftar sekarang di: ►► http://pejuang2016.eventbrite.com 
atau hubungi Hotline 0132789146 (Whatsapp/Telegram)



       

Jom hayati Inspirasi Pejuang Bangsa.


Terima kasih baca entri ini, Malam Inspirasi Perjuangan 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...