FOLLOWER

1 September 2016

Biarlah Iman Berbicara

Biarlah Iman Berbicara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarlah Iman Berbicara adalah ringkasan daripada tajuk penulisan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Biarlah Iman Yang Terus Berbicara. Petikan entri berkenaan disalin semula oleh YB, mudah-mudahan mendapat tempat di hari kita dan dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian.  Wallahu a'lam.


Biarlah Iman Berbicara
Biarlah Iman Berbicara

­čî╣Adakalanya apabila kesedihan memuncak, kita jadi buntu. Jalan ketenangan yang dicari semakin kabur. Di mana dan ke mana hendak dibawa hati? Pada siapa hendak diadukan segala yang menanah di dada. Semua kesayangan dan kepercayaan tidak dapat menolong lagi.

­čî╣Hanya kita.. hanya kita yang tinggal keseorangan, terkontang-kanting untuk merawat luka sendiri. Hati bertanya, mengapa sekuat ini Allah menduga ku? Mengapa seganas ini ombak yang diutus untuk menghempas pantai jiwa ku?

­čî╣Ingatlah, walau sekuat manapun ujian yang melanda, jangan sampai kehilangan pedoman. Kita ini hamba Allah. Dan ujian itu sesungguh ‘utusan’Nya. Ia adalah satu panggilan yang membisik ke dalam hati untuk kita kembali kepadaNya.

❤️Ust Pahrol Mohamad Juoi - BIARLAH IMAN YANG TERUS BERBICARA❤️


Terima kasih baca entri ini, Biarlah Iman Berbicara


Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal

Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.


giveaway penghargaan rm100 anjuran kennymerligal


Cara untuk menyertai:

  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
  3. Backlinkkan entry ke sini.
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 

Syarat syarat :

  1. Blogger Malaysia.
  2. Follow blog kennymerligal 
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page 
    (* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada  anda )

    Hadiah :

    1. Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
    Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger.


    Jom ramai-ramai kita raikan giveaway by kenny merligal.


    Terima kasih baca entri ini, Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal

    Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016

    Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera


    Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016, adalah segmen pertama YB bagi bulan September 2016.  Mudah-mudahan bertambah murah rezeki blog YB pada bulan September.  Dan bertambah murah juga rezeki rakan-rakan blogger.  Buatlah segmen atau giveaway yang mudah dah ringkas.... senang YB nak ikut serta.  LOL.

    Okey, kembali semula ke Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016.




    Pesanan Penaja!


    Tiada syarat yang susah untuk bloglist kali ini. Cuma
    1. Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
    2. Copy coding yang disediakan di bawah & pastekan di ruangan entry sebagai HTML
    3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entry asal iaitu entri di blog aku. Sekiranya tidak, entry kalian di anggap tidak valid.
    4. Publish dan tinggalkan link entry kalian di ruangan komen di bawah
    5. Tarikh tutup adalah adalah 18 October 2016 jam 12.00am.

    Jom tunjukkan sokongan kepada rakan blogger.  Marilah ramai-ramai kita sertai Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016.

    Terima kasih sudi baca entri ini, Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016.

    September 2016

    September 2016


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera


    September 2016, bulan ke sembilan dalam kalendar masehi.  Apa khabar semua?  Semoga September ini membawakan perkhabaran gembira buat semua.  Apapun yang berlaku pada bulan lepas, tetaplah sudahpun berlaku.  Semoga kekurangan pada bulan terdahulu dapat dibaiki dan diperelokkan, jangan sampai merebak ke bulan September.

    September 2016

    September 2016


    Pada bulan September nampaknya ada cuti yang panjang iaitu Cuti Sekolah bermula dari 17 hingga 25 hb.  Sebelum tu, ada cuti Hari Raya Haji pada 12hb.  Ada negeri dapat cuti Raya Haji 2 hari, ada negeri hanya 1 hari.  Dengar khabar negeri Kelantan dapat cuti peristiwa pada 11hb, bertambah lagi hari cuti mereka.  Bagi kita yang hanya dapat cuti satu hari, nampaknya macam kena tambah dengan cuti tahun.  Tetapi, sayang juga cuti tu sebab hari Jumaat berikutnya 16hb cuti umum lagi ... bersempena Hari Malaysia.

    Paling menyeronokkan adalah anak-anak, kerana sekolah cuti panjang dan mungkin juga berlarutan dari cuti Raya Haji.  Apa pun kita tunggu dan lihatlah bagaimana kesudahan cuti anak-anak nie.

    Selamat datang September.


    Terima kasih baca entri ini, September 2016.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...