FOLLOWER

2 September 2016

Pilihan antara derita atau sutera

Pilihan antara derita atau sutera


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pilihan antara derita atau sutera

Sungguh, aku lebih suka menderita penyakit kulit daripada memakai pakaian dari sutera.
(Ibnu Muhairiz)





Terima kasih baca entri ini, Pilihan antara derita atau sutera.

Apabila berdoa mintalah dengan jelas

Apabila berdoa mintalah dengan jelas


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apabila berdoa mintalah dengan ikhlas
Tanpa disedari apa yang diminta telah dikabulkan
Bersyukur tidak terhingga ada makbulnya permintaan itu
Minta dengan jelas berserta dengan sebab 
Bukan kerana Allah tidak tahu
Tetapi untuk kita lebih jelas
Untuk kita lebih faham
Sekadar yang kita perlu
Tidak lebih dari itu
Perlunya meminta dengan jelas
Perlu ada sebab
Bukan untuk menyusahkan orang lain
Juga bukan untuk menyakiti orang lain




Mintalah untuk kemudahan diri kita
Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Maka janganlah sedetikpun tinggalkan doamu
Ketika susah atau ketika senang
Ketika susah berdoalah semoga dipermudahkan
Ketika senang bersyukurlah
Alhamdulillah
Kemanisan itu sungguh bermakna
Apabila doa yang dihajati itu dimakbulkan




Terima kasih sudi baca entri ini, Apabila berdoa mintalah dengan jelas.


Konvensyen Wanita Syurga 2016

Konvensyen Wanita Syurga 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Konvensyen Wanita Syurga 2016, In shaa Allah bakal diadakan pada 4 September 2016 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Bakal disertai oleh ramai pendakwah hebat di Malaysia.


Konvensyen Wanita Syurga 2016

Konvensyen Wanita Syurga 2016


Pengisian program:
*  Ceramah
*  Forum
*  Talk Show

*  Diskusi Terbuka
*  Persembahan
*  Gerai Jualan
*  Photobooth



Pendaftaran:
Pendaftaran untuk peserta Konvensyen Wanita Syurga ditutup buat masa sekarang.  Jika anda berminat, sila daftar di link berikut sebagai "waiting list": http://tinyurl.com/KWAIS2016




Anjuran Bersama:
*  Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (JAM'IYYAH)
*  Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)
*  Masjid Wilayah Persekutuan


Jom sertai beramai-ramai.  
Mudah-mudahan dengan berkat usaha ini, dapat menjadi wasilah buat para muslimah untuk menjadi sebahagian daripada ahli syurga kelak, In shaa Allah. 


Terima kasih baca entri ini, Konvensyen Wanita Syurga 2016.


Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi.  Alhamdulillah rezeki blogging pada bulan Ogos yang dibawa ke bulan September.  Pemilihan kemenangan ini adalah berkat daripada doa rakan-rakan semua yang tidak jemu mendoakan kejayaan.  Semoga kejayaan ini akan melimpah kepada rakan-rakan semua terutama kepada penganjur giveaway ini Farah Sanusi.


Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi


Tidak sangka juga boleh terpilih untuk memenangi hadiah shawl.  Maklumat yang diperlukan telahpun diemailkan kepada penganjur.  Berdebar pula tunggu ketibaan hadiah.

Entri penyertaan di sini.
Entri pengumuman di sini.


Tahniah juga diucapkan kepada semua rakan blogger yang terpilih serta penganjur.  Semoga giveaway seperti ini dapat diteruskan lagi... untuk memberi peluang kepada rakan blogger yang lain pula.

Sekian adanya.  Terima kasih sudi baca entri ini, Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...