FOLLOWER

8 September 2016

Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak

Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak diadakan bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas program pengajian yang ditawarkan oleh iNED di UiTM Cawangan Perak.  Selain dari itu, pada hari ini juga bakal pelajar boleh mengemukakan permohonan secara terus di kaunter yang disediakan.

Orang ramai yang sedang bekerja dan ingin melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi adalah dialu-alukan untuk hadir bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai pengajian secara e-PJJ, iaitu pengajian jarak jauh secara atas talian.


Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak

Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak


Tarikh:
24 - 25 September 2016 (Sabtu dan Ahad)

Masa: 
9.00 pagi  - 3.00 petang

Tempat: 
Kaunter Hal Ehwal Akademik (HEA)
UiTM Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar

Sesiapa yang ingin menyambung pengajian Diploma secara ePJJ dijemput hadir. 
Sila bawa bersama sijil SPM.

Inilah masa yang sesuai bagi mendapatkan penjelasan mengenai kaedah dan cara pembelajaran sambilan dan jarak jauh.  Pastinya anda akan berpuas hati dengan penjelasan yang bakal diberikan.

Sama-samalah kita menyokong pembelajaran sepanjang hayat.




Book Giveaway by Abam Kie and Friends

Book Giveaway by Abam Kie and Friends


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Book Giveaway by Abam Kie and Friends, sudah hampir ke penghujung tempoh.  Baru YB berkesempatan join.  Terima kasih kepada Abam Kie yang tidak jemu-jemu memberi ingatan.   Huhuhuu... bukan YB tak sudi tetapi tidak berkesempatan.  Sejak awal lagi Abam Kie dah jemput... kemudian bagi reminder pula, tak juga join.  Dan, akhirnya terjumpa rakan blogger yang baru join... So... cepat-cepat buat entri, sementelahan masih ada masa.  Yang menariknya syarat penyertaan dah lama ikut, tinggal nak buat entri saja lagi.

Haish... membebel panjang pula nieh.  Meh kita tengok apa sebenarnya yang telah Abam Kie sediakan untuk giveaway ini.

Book Giveaway by Abam Kie and Friends

Book Giveaway by Abam Kie and Friends


Nak tengok syarat-syarat penyertaan, korang kenalah klik banner di atas.



Buku-buku dan novel menarik menanti para pemenang bertuah!


Berikut adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan oleh Abam Kie

  1. 1 buah buku X 2 pemenang oleh Bin Muhammad. 
  2. 1 buah novel dan 1 penanda buku X 3 pemenang oleh Henrietta Jose 
  3. 1 buah buku X 1 pemenang oleh Cik Noor 
  4. 1 buah novel X 1 pemenang oleh Lea Azleeya 
  5. 1 buah novel X 2 pemenang oleh Shahida Mohamed 
  6. 1 buah novel X 1 pemenang oleh Gadis Misteri 
  7. 1 buah buku X 2 pemenang oleh Abam Kie 

Hadiah terjamin kepada peserta pertama dan terakhir! Top up RM5!... yang ini paling WIN!!

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara undian oleh Abam Kie :)

Mula : 20 Ogos 2016
Tamat : 9 September 2016

Jom join ramai-ramai, masih sempat lagi nih.


Terima kasih atas sokongan dan sudi baca entri ini, Book Giveaway by Abam Kie and Friends.

Kita Sering Merungut

Kita Sering Merungut


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kita sering merungut: 

"Susahnya mencari sahabat yang baik!" 

Namun, mengapa kita sendiri tak berusaha menjadi sahabat yang baik?

Kadang-kadang, Allah akan beri sesuatu pada kita, apabila kita sendiri berusaha untuk memberi sesuatu pada orang lain.


Kita Sering Merungut


Segala-galanya bermula dan berpunca dari kita.  
Kita mahukan sahabat yang baik, maka kita perlu mula-mula menjadi sahabat yang baik.  Kita juga perlu berusaha untuk mencari kebaikan orang lain.


Terima kasih sudi baca entri ini, Kita Sering Merungut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...