FOLLOWER

9 September 2016

Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan

Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah (SERI) Sandakan ditubuhkan sejak awal tahun 2016 sebagai ladang dakwah dan jihad di bumi Sandakan, telah berkembang, mendapat kepercayaan dan diterima baik oleh masyarakat setempat.

Kini pelajar SERI Ar-Raudhah mencecah seramai 65 orang dan pelajar baru yang mendaftar untuk tahun 2017 hampir 50 orang. Alhamdulillah.  Ini adalah sebahagian daripada hasil sokongan orang ramai selama ini.



Sehubungan itu, bagi menampung pertambahan pelajar tahun 2017, pihak sekolah perlu untuk mengubahsuai kelas-kelas, menambah peralatan dan keperluan seiring dengan tuntutan tahun 2017 yang melebihi 100 orang pelajar.

Besar harapan kami, agar tuan boleh menyumbang dan menginfaq peralatan seperti yang tertera di dalam poster yang disertakan. Tuan/puan juga boleh melakukan infaq/sumbangan secara tunai ke akaun bank yang tertera.

Semoga sumbangan dan infaq tuan/puan diterima sebagai amalan baik disisi Allah demi menyokong usaha dakwah dan jihad di bumi Sandakan khasnya dan Sabah amnya.

Kami dahulukan keperihatinan tuan/puan dengan ucapan, Terima Kasih.

Komander Azminuddin
Mudir SERI Ar-Raudhah.


Terima kasih atas sokongan untuk entri ini, Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan.
posted from Bloggeroid

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016.  Sudah lama tidak ikuti perkembangan blog rakan blogger Cikgu Ayu Insyirah.  Kini Cikgu Ayu kembali semula dengan segmen bloglist.  Segmen yang menarik kerana segmen ini berlangsung selama sebulan.  Maka setiap orang berpeluang untuk menyertai segmen ini.  Penyertaan tidak susah, hanya memerlukan kreativiti dan daya usaha yang menghasilkan entri.

Ini adalah entri penyertaan YB untuk Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016.  Berikut adalah sebahagian daripada maklumat untuk segmen ini.



Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016 


Klik banner di atas untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016.

Jom sokongan segmen ini.



Antara sehelai daun dan angin kencang

Antara sehelai daun dan angin kencang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara sehelai daun dan angin kencang, kita tidak tahu apa-apa yang tersirat disebaliknya termasuklah orang yang menulis ini.  Ada kalanya sehelai daun itu mampu gugur sendiri dari rantingnya walaupun sekadar angin sepoi-sepoi bahasa.  Pun begitu, ada juga sehelai daun mampu bertahan biarpun ditiup angin kencang yang hadirnya bertalu-talu.

Namun, setiap yang gugur akan ada penggantinya...





Tidaklah gugur sehelai daun itu jika disebabkan angin yang kencang, begitu juga dengan ukhwah. Ada masanya kita bersengketa, namun bukanlah ia satu hal untuk persengketaan terus berlaku kerana seperti pokok, akan tumbuh juga daun yang baharu menghijau. Jadi, berdamailah antara dua dan membentuk ukhwah yang lebih indah dan bermakna daripada yang dahulu.

Berdamailah...

– Orang Tua Kazakhstan


Terima kasih baca entri ini, Antara sehelai daun dan angin kencang.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...