FOLLOWER

15 September 2016

Kenapa baca blog?

Kenapa baca blog?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kenapa baca blog? Kerana zaman sekarang blog dan buku atau majalah sudah seiring.  Lebih-lebih lagi dengan telefon pintar yang sentiasa melekat di tangan.  Seperti juga akak YB yang dulunya menulis blog untuk suka-suka, tak sangka pula boleh ada peminat ... ewahhh ada ke?  Ada kan? Ramai juga yang minat dengan blog YB ni rupanya.  Ada juga yang rajin tinggalkan pesan dan tidak kurang juga sekadar singgah baca.  Mungkin juga sukar untuk meninggalkan komentar.

Okey... akak semakin lari topik pula. Sikit lagi nak sembang sikit.  Pengaruh blogger juga memainkan peranan mengapa blog itu menjadi pilihan dan sentiasa mendapat kunjungan ramai.  Lihat saja blogger otai seperti Denaihati, Emas Putih dan Ben Ashaari.  Tidak kurang juga blogger yang disebut sebagai blogger jutawan sedikit masa dulu iaitu Red Mummy.  Kebanyakan blog otai ini menjadi contoh dan teladan kepada blogger baru.


Header Blog YangBaik 2015


Kenapa baca blog?


1.  Untuk membuat pembelian.  Terdapat blog yang menjual secara atas talian.  Banyak weh, akak tidak pula dapat senaraikan satu persatu tetapi blog-blog yang membuat jualan atas talian ini memang banyak, cari saja guna khidmat googgle atau yahoo.... semuanya ada di hujung jari.

Semakin ramai antara kita yang suka membeli secara online dengan kemudahan perbankan atas talian yang semakin mudah serta disokong khidmat penghantaran seperti Pos Malaysia.  Dua entiti ini sentiasa menaiktaraf perkhidmatan yang diberikan seiring dengan kehendak semasa.

2.  Untuk mendapat maklumat terkini.  Walla, blog juga dah seperti 'newspaper' atau buletin utama.  Kadang-kadang maklumat yang disebarkan di blog itu lebih cepat dan mudah diperolehi.  Tidak perlu menunggu esok atau malam nanti.  

Dengan itu, adalah penting untuk rakan blogger sentiasa menulis perkara yang benar untuk dibaca. Bukan sekadar berita peribadi tetapi  berita umum untuk pengetahuan dan maklumat orang ramai.


Bahan rujukan


Begitulah antara sebab mengapa blog kini mendapat tempat sebagai bahan rujukan.  Dari masa ke semasa blog sentiasa menyiarkan maklumat dan berita terkini sama ada maklumat dalam perniagaan, hiburan, isu semasa atau isu antarabangsa.  

Semoga sedikit sebanyak bahan yang dipaparkan dapat memberikan panduan kepada rakan blogger untuk menulis secara berhemah dan tidak semata-mata untuk mendapatkan nama atau mendapat perhatian tanpa menghirau sensitiviti semasa.

Sekian adanya.  Apa pula sebab korang baca blog akak YB nie... cuba kongsi sikit.  Boleh akak YB update kat mana patut. :D


Terima kasih baca entri ini, Kenapa baca blog?

SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA

SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA dianjurkan oleh rakan blogger yang merupakan peminat tegar Elsa.  eh... yer ke?  Pandai-pandai ajer YB nie.  hehehe.  Dapat masuk dalam senarai bloglist Elsa mesti satu pengalaman yang menarik kan?  Tambahan buat blogger lemau macam akak nie.  Tak kisahlah 3 bulan pun tak apa, janji dapat kenalan baru.  Berangan jer nie. Dapat masuk dalam senarai peserta pun dah cukup kan?  Walaupun hasrat hati biarlah masuk dalam bloglist juga... :P

Korang jangan juling pulak mata tu... akak YB memang macam nie bila menulis tanpa idea dan nak kejar masa.

Sebelum akak keluarkan idea merapu lagi... jom korang tengok apa yang telah Elsa sediakan untuk segmen ini.

Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.

SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA
SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA

Sebagai maklumat tambahan, 10 pemenang akan dipilih berdasarkan random.org dan akan berada di sidebar Elsa (Bloglist)  selama 3 bulan bermula Oktober 2016 hingga Januari 2017.  Wah, beruntung sungguh walaupun 3 bulan tetapi dah masuk 2 tahun.

Okey rakan blogger sekalian, moh kita reramai meriahkan segmen ini.  Mana tahu dapat masuk dalam bloglist Elsa.

Cepat-cepat yer, segmen ini akan tamat pada 30 September 2016, tak lama lagi dah tu.


Sekian adanya.  Terima kasih sudi baca entri ini, SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...