FOLLOWER

27 September 2016

Hari Jadi Google ke-18

Hari Jadi Google ke-18


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Jadi Google ke-18 secara rasminya pada hari ini.  Wah! Tiba-tiba pula puan YB buat entri sempena Hari Jadi encik Google.  Tetapi entri ini agak terlewat sikit, sudah petang baru sempat dikeluarkan.

Ada apa-apa yang istimewa kah?  Pastinya ada, kerana selama 18 tahun ini banyak juga bantuan yang telah encik google berikan.  Terutama dalam proses menyediakan esei ketika zaman belajar Diploma. Dan, sekarang ketika bekerja tetapi setia menggunakan khidmat carian dari enjin encik Google dalam menyiapkan kerja kerja, laporan atau pencarian maklumat yang nampak seperti sukar.

Orang selalu kata, kalau nak cari apa-apa 'google jer'.  Memang betul.  Apa yang tiada di enjin pencarian encik Google?